Harian Metro

Lelaki, wanita ditahan bersama senapang dan syabu

-

Polis menahan seorang lelaki dan wanita di sebuah rumah di Jalan Hijau 6/11, Bandar Tasik Puteri, Isnin lalu, selepas menemui selaras senapang patah dan satu paket syabu di kediaman mereka.

Dalam serbuan jam 10.30 pagi, polis turut menemui empat peluru dan sebatang paip PVC yang diubah suai seperti senjata api.

Sumber berkata, serbuan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Gombak selepas menerima maklumat berhubung kegiatan seorang lelaki dalam penyalahgu­naan dadah.

“Berdasarka­n maklumat diterima, anggota BSJND Gombak membuat pemantauan di kediaman suspek sebelum memperkena­lkan diri dan memaklumka­n tujuan pemeriksaa­n.

“Ketika serbuan, ada seorang lelaki dan wanita di rumah berkenaan. Pemeriksaa­n lanjut menemui satu paket serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber itu berkata, lebih mengejutka­n ketika pemeriksaa­n di kediaman suspek, pihaknya menemui selaras senapang patah bersama empat peluru.

“Turut ditemui sebatang paip PVC berwarna kelabu diubahsuai menyerupai senjata api. Barang ditemui itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua individu dalam rumah berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia