Harian Metro

GOL MILIK KANE

- AFP

 Panel rayuan akreditasi gol sahkan sensasi Spurs ledak jaringan ke-25

Harry Kane diiktiraf sebagai penjaring gol kedua Tottenham Hotspur ketika kelab itu menang 2-1 ke atas Stoke City pada aksi Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lalu.

Penyerang England itu mendakwa dia menjadi pemain terakhir menyentuh bola berpunca sepakan percuma pemain tengah, Christian Eriksen pada aksi di laman lawan, tetapi jaringan itu pada awalnya diberikan kepada pemain Denmark itu.

“Saya bersumpah atas nama anak perempuan saya, saya menyentuh bola itu,” kata Kane.

Eriksen berkata: “Dia meraikanny­a seperti dia menjaringk­an gol, jadi saya perlu mempercaya­i kata-katanya.”

Selepas meneliti rakaman video perlawanan, panel rayuan akreditasi gol Liga Perdana memutuskan Kane mengalih bola itu ke gawang, sekali gus memberikan penyerang berbisa itu gol ke-25 dalam kempen liga musim ini.

“Harry Kane dianugerah­kan gol kedua Tottenham Hotspur ketika menang 2-1 ke atas Stoke City, Sabtu lalu selepas rayuan kelab dan pemain kepada panel rayuan akreditasi gol Liga Perdana diterima,” menurut Liga Perdana dalam satu kenyataan, semalam.

Kane ketika ini mengejar jumlah jaringan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah yang kini menyumbat 29 gol dalam pemburuan penjaring gol terbanyak Liga Perdana.

Perlawanan menentang Stoke adalah penampilan pertama Kane dalam kesebelasa­n utama sejak Mac lalu selepas cedera buku lali.

Salah yang menjaringk­an

11 gol dalam lapan penampilan terakhir liga mempersoal keputusan itu di laman Twitter.

Selepas 15 minit pengumuman itu dibuat, pemain kebangsaan Mesir itu menulis: “Wooooooow benar?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia