Harian Metro

Siti Zalina, Emma mara final

-

Gimnas negara, Amy Kwan hampir saja mahu menyerah kalah, namun semangat melawannya memastikan gangsa tetap dibawa pulang dalam acara individu all-around, semalam.

Ketinggala­n selepas dua disiplin iaitu bola dan gelung, Amy bangkit untuk mengumpul 51.500 mata sebaik menyempurn­akan disiplin belantan serta riben.

Emas dimenangi gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou yang mengumpul 55.750 mata, manakala perak milik Katherine Uchida dari Kanada (52.650 mata).

“Selepas dua disiplin iaitu bola dan gelung, saya dapati aksi saya tidak begitu baik dan saya rasa tidak bersemanga­t,” kata atlet berusia 23 tahun itu.

“Kemudian saya mendengar lagu kegemaran saya, Fighter dendangan Christina Aguilera untuk mengembali­kan semangat.”

Menurutnya, pengurus dan jurulatih turut memberikan semangat kepadanya supaya tidak mengalah kerana masih ada dua disiplin lagi.

“Pelukan pengurus bagaikan memberi tenaga kepada saya dan saya tidak menjangka dapat pingat gangsa

 Gimnas negara bangkit daripada ketinggala­n untuk bawa pulang gangsa

Gold Coast: Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji memastikan skuad boling padang menuju ke final acara pairs wanita selepas menewaskan gandingan Kanada, Leanne Chinery-Kelly McKerihen 18-5 pada separuh akhir semalam.

Tampil yakin selepas menewaskan gandingan India, Lovely Choubey-Rupa Rani Tirkey 17-11 pada suku akhir, mereka mendominas­i perlawanan itu untuk memastikan laluan ke final.

Hari ini, mereka akan menentang gandingan Afrika Selatan, Nicoleen Neal-Colleen selepas mencatat mata kurang baik dalam dua disiplin.

“Saya ingin tujukan pingat ini kepada mereka yang menyokong Piketh yang mengecewak­an Scotland 18-10.

Bagaimanap­un nasib tidak menyebelah­i Soufi Rusli yang tewas pada suku akhir singles lelaki di tangan pemain Scotland Darren Burnett 13-21.

Scotland sekali lagi menjadi ranjau skuad fours lelaki negara yang dibarisi Syamil Syazwan Ramli, Zulhilme Redzuan, Hizlee Abdul Rais dan Fairul Iswan Abd Muin apabila tewas 12-13 pada suku akhir.

“Alhamdulil­lah, sebelum permainan kami melakukan perancanga­n dan ia menjadi,” kata Emma. saya selama ini,” katanya.

Seorang lagi wakil negara, Koi Sie Yan menamatkan saingan di tangga kelapan.

“Sukar untuk lawan bangkit kerana kami tetap bertahan dan bila mereka bangkit, kami akan menghalang mereka.”

Bagi Siti Zalina, biarpun emas kini menjadi sasaran berikutnya, ia tidak memberikan tekanan kepada mereka.

“Esok kami akan beri yang sebaik mungkin dan lihat apa akan terjadi,” katanya.

“Kami tidak nafikan Afrika Selatan pasukan yang kuat tapi kami tidak mahu memandang rendah kemampuan kami sendiri dan matlamat kami memang mahukan emas.”

 ??  ?? AKSI Amy dalam disiplin bola di Pusat Sukan Coomera, semalam.
AKSI Amy dalam disiplin bola di Pusat Sukan Coomera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia