Harian Metro

Barang curi RM10,000 tak laku

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

 Lelaki kebas panel solar ditahan sebelum sempat dapat pembeli

Seorang lelaki tidak sempat menjual panel tenaga solar yang dicuri dari rumah kebun, 6 April lalu, selepas ditahan di ladang buah di Kilometer 43, Jalan Kuching-Serian di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian jam 11.30 pagi, hasil risikan dan maklumat awam.

Difahamkan, suspek yang tidak bekerja itu mencuri panel tenaga solar berkenaan untuk dijual, tetapi tiada pembeli berminat mendapatka­nnya.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superinten­dan Aswandy Anis berkata, pemilik panel solar itu yang juga lelaki berusia 55 tahun menyedari peralatan berkenaan hilang selepas dimaklumka­n pekerjanya jam 3.45 petang, pada 6 April.

Menurutnya, mangsa membuat laporan mengenai kehilangan peralatan bersama aksesori itu yang dianggarka­n bernilai RM10,000.

Katanya, hasil risikan akhirnya mengesan suspek di ladang buah tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Suspek ditahan sebelum dia membawa polis ke lokasi peralatan tenaga itu disorokkan.

“Suspek menyorokka­n peralatan itu dalam semak di kebun berkenaan sementara menunggu pembeli yang menawarkan harga sesuai,” katanya, di sini, semalam.

Aswandy berkata, suspek mengakui memecah masuk rumah kebun berkenaan dan melarikan pelbagai peralatan lain yang digunakan untuk panel solar berkenaan.

Katanya, suspek direman empat hari bermula kelmarin untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk rumah.

 ??  ?? PANEL solar yang dicuri suspek dalam kebun buah. Suspek sorok peralatan itu dalam semak di kebun berkenaan sementara menunggu pembeli yang tawarkan harga sesuai”
PANEL solar yang dicuri suspek dalam kebun buah. Suspek sorok peralatan itu dalam semak di kebun berkenaan sementara menunggu pembeli yang tawarkan harga sesuai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia