Harian Metro

Empangan Baleh rancak ekonomi

-

Pembinaan Empangan Hidroelekt­rik Baleh, Kapit yang dijadualka­n bermula sebelum akhir tahun ini mampu merancakka­n pembanguna­n dan sosioekono­mi di wilayah tengah Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing berkata, empangan berkenaan kemudahan keempat seumpamany­a di negeri itu selepas Batang Ai, Bakun dan Murum.

Menurutnya, Empangan Baleh yang keseluruha­nnya bernilai RM9 bilion dan dijangka siap dalam tempoh lapan tahun mampu mengekalka­n kedudukan Sarawak sebagai negeri yang tarif elektrikny­a paling rendah dan kompetitif di rantau ini.

“Ini tentu membantu meringanka­n beban rakyat selain menarik tumpuan pelabur sama ada dari dalam atau luar negara.

“Secara tidak langsung meletakkan negeri ini pada landasan ekonomi kukuh, selain membantu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan seterusnya meningkatk­an taraf hidup penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi delegasi pengurusan tertinggi

China Gezhouba Group Company (CGGC) Limited

melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Perniagaan Antarabang­sa CGGC Limited Feng Jun yang turut memanfaatk­an peluang itu bagi memberi penerangan kepada Abang Johari selaku Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak berhubung kaedah digunakan bagi membangunk­an Empangan Hidroelekt­rik Baleh.

 ??  ?? JAMES (tiga dari kanan) bersama delegasi CGGC Limited ketika mengunjung­i Abang Johari Tun Openg (tiga dari kiri), semalam.
JAMES (tiga dari kanan) bersama delegasi CGGC Limited ketika mengunjung­i Abang Johari Tun Openg (tiga dari kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia