Harian Metro

CITA RASA ANAK MUDA

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Imej Jambatan Pulau Pinang dan gambaran lelaki sedang menunaikan solat antara inspirasi yang digunakan Abdul Mu’iz Abu Bakar, 33, dalam rekaan baju terbaru edisi khas sempena Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14).

Dia yang mengusahak­an kedai cetakan baju di Butterwort­h, Pulau Pinang berkata, imej itu diambil bagi melengkapk­an rekaan baju yang melambangk­an parti bertanding dalam pilihan raya kali ini seperti Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Biasanya, orang akan mencipta baju dengan meletakkan logo parti, tetapi saya ciptakan kelainan menggunaka­n kreativiti sendiri termasuk penggunaan warna sesuai dengan cita rasa anak muda.

“Saya menambah rekaan seperti pada baju BN, selain logo, saya cantikkan rekaan dengan garisan putih seolah-olah lambang Jambatan Pulau Pinang.

“Begitu juga dengan baju PAS. Lingkaran yang digabungka­n dengan bulatan dilihat seperti lelaki Islam sedang menunaikan solat,” katanya kepada Harian Metro.

Abdul Mu’iz berkata, rekaan baju kini trend dan sering mendapat perhatian umum.

“Saya pernah mencipta rekaan untuk edisi perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dan lebih 300 helai baju dapat dijual.

“Kali ini, idea untuk mereka baju itu ialah hasil cadangan isteri, Nor Husna Mohd Nor. Dia meminta saya membuat kelainan khususnya ciptaan baju untuk penyokong setiap parti.

“Rekaan untuk semua baju hanya mengambil masa tiga hari selepas pembentang­an idea bersama tenaga kerja dua hari,” katanya yang baru menjalanka­n perniagaan itu sejak setahun lalu.

Katanya, selepas seminggu membuka tempahan untuk rekaan khas PRU14, dia berjaya

 Pemuda reka baju edisi khas sempena PRU14

memperoleh kira-kira 400 permintaan.

“Setiap rekaan baju mempunyai inspirasi tersendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan apa-apa. Saya tidak kisah dengan apa saja komen yang diterima,” katanya yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang kewangan.

Bercerita berkenaan perniagaan itu, kata Abdul Mu’iz, dia turut membuat cetakan untuk poster, brosur, risalah, kad nama, pelekat dan gegantung.

 ??  ?? REKAAN baju yang diberi nafas baru bagi parti bertanding pada PRU14.
REKAAN baju yang diberi nafas baru bagi parti bertanding pada PRU14.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia