Harian Metro

Kisah tragik pasangan sumbang mahram

-

North Carolina: Seorang lelaki yang pernah menjadi tumpuan media kerana berkahwin dengan anaknya sendiri sekali lagi membuat kejutan apabila ditemui membunuh diri selepas menembak wanita itu dan bayi mereka yang berusia tujuh bulan.

Steven Pladl, 43 dipercayai membunuh bayinya di North Carolina, sebelum memandu sejauh 965 kilometer (km) ke New Milford, Connecticu­t dan menembak isterinya, Katie Pladl, 20, serta bapa angkat mangsa di dalam sebuah trak.

Dia kemudianny­a ditemui mati selepas menembak dirinya sendiri di dalam kereta di Dover, New York, jam 8.40 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Pihak berkuasa di tiga negeri di Amerika Syarikat (AS) kini cuba merungkai insiden yang meragut empat nyawa itu.

Polis percaya Steven bertindak demikian kerana terlalu kecewa selepas Katie mahu memutuskan hubungan mereka.

Berdasarka­n rakaman panggilan talian kecemasan 911, ibu Steven berkata, lelaki itu mengambil bayinya yang dalam jagaannya sebelum memberitah­u dia membunuh Katie dan bapa angkat wanita itu.

Pasangan berkenaan menjadi tajuk utama berita pada tahun lalu selepas Katie berkahwin dengan Steven yang juga bapanya.

Dua beranak berkenaan dilaporkan berpisah ketika Katie masih kecil tetapi jatuh cinta selepas mereka bertemu semula pada tahun lalu sebelum memutuskan untuk berkahwin. - Daily Mail

 ??  ?? STEVEN (kiri) berkahwin dengan anaknya, Katie sebelum membunuh wanita itu dan bayi mereka. - Agensi
STEVEN (kiri) berkahwin dengan anaknya, Katie sebelum membunuh wanita itu dan bayi mereka. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia