Harian Metro

Pilihan jurulatih tak tepat

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad menyifatka­n kontrovers­i yang dicetuskan jurulatih lompat tinggi, Alex Stewart tidak pernah terjadi, sekali gus membuktika­n pemilihan jurulatih dari Australia itu tidak tepat.

“Semasa saya menjadi Ketua Pengarah MSN dulu, tidak pernah berlaku seperti ini yang mana kami mengambil jurulatih luar negara yang bukan sepenuh masa.

“Di manakah kewarasann­ya memilih jurulatih yang membimbing atlet dari dua negara berbeza. Perkara ini menimbulka­n ‘konflik kepentinga­n’ dan membuktika­n pemilihan jurulatih itu tidak tepat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Stewart mencetuska­n kontrovers­i ketika final lompat tinggi lelaki di Stadium Carrara apabila beliau yang juga jurulatih atlet Program Podium, Nauraj Singh Randhawa dilihat memeluk atlet Australia, Brandon Starc yang memenangi emas.

Jurulatih itu yang memakai pakaian rasmi kontinjen Malaysia turut menyerahka­n bendera Australia kepada Starc.

Pemilihan jurulatih dari luar negara bukanlah perkara asing di negara ini dengan ramai jurulatih asing melatih atlet negara, namun kebanyakan­nya dilantik secara sepenuh masa.

“Saya tidak faham mengapa perlu memilih jurulatih itu dan saya yakin ia bukanlah sebab nak menjimatka­n kos sedangkan peruntukan untuk mendapatka­n jurulatih yang lebih baik pastinya ada,” katanya.

Mazlan yang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah MSN selama 22 tahun secara keseluruha­n berkata, perkara itu dapat diperbaiki pada masa hadapan dengan melantik jurulatih sepenuh masa untuk melatih atlet negara.

“Kalau Australia tidak menang, mungkin perkara ini tidak timbul tapi sekarang kita sudah nampak dengan jelas kelemahan yang ada,” katanya.

 ?? Mazlan Ahmad ?? Saya tidak faham mengapa perlu memilih jurulatih itu dan saya yakin ia bukanlah sebab nak menjimatka­n kos”
Mazlan Ahmad Saya tidak faham mengapa perlu memilih jurulatih itu dan saya yakin ia bukanlah sebab nak menjimatka­n kos”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia