Harian Metro

REZEKI 67,000 DREBAR TEKSI

KAD BANTUAN RM800 BR1M LULUS AUTOMATIK

- Mohd Nasaruddin Parzi dan Arfa Yunus am@hmetro.com.my

Durian runtuh untuk pemandu teksi. Itu hadiah buat 67,000 pemandu teksi di seluruh negara yang bakal menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia bernilai RM800, sebagai sebahagian usaha kerajaan meningkatk­an daya saing kumpulan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumka­nnya berkata, bantuan akan diagihkan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan Kementeria­n Kewangan.

Beliau berkata, bantuan itu membabitka­n dana RM53.6 juta dan mula diagih secara berperingk­at bermula semalam.

“Dengan kad bantuan ini, tuan dan puan (semua pemandu teksi) dapat mengisikan teksi dengan NGV (Gas Asli Untuk Kenderaan) atau

petrol di stesen minyak Petronas (seluruh negara).

“Melalui kad bantuan ini juga, pemandu teksi mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk perlindung­an insurans kemalangan peribadi sehingga RM50,000,” katanya.

Pada majlis sama, Najib memaklumka­n pemandu teksi layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) namun berdepan masalah pendaftara­n dengan Suruhanjay­a Malaysia (SSM) akan menerima kelulusan BR1M secara automatik.

“Ini termasuk BR1M tambahan diumumkan kerajaan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Syukri, Pemangku Pengerusi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

Mengulas lanjut, Najib berkata, bantuan itu bagi menghargai peranan pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmat­an di dalam sistem pengangkut­an awam darat negara di samping menyedari bahan api sebagai sebahagian komponen kos utama pengoperas­ian teksi.

Dalam pada itu, Najib berkata, bagi memastikan persaingan adil dan sihat, KaSyarikat binet pada 6 April lepas memutuskan perkhidmat­an

e-hailing perlu melalui syarat sama seperti dikenakan kepada pemandu teksi.

“Objektif kita supaya wujud medan persaingan sama rata apabila semua pengamal perkhidmat­an teksi, kereta sewa dan pemandu e-hailing perlu melalui syarat dan peraturan yang sama dan sekata,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, sejak beliau mengambil tampuk kepemimpin­an negara, beliau menyedari banyak

masalah dan ketidakadi­lan berlaku terhadap pemandu teksi iaitu di bawah model pajak yang membebanka­n.

“Malah, ia pernah disifatkan sebagai perhambaan zaman moden atau modern day

slavery.

“Saya minta SPAD buat cadangan kepada kerajaan. Kerajaan melalui inisiatif pertama di bawah TITP (Program Transforma­si Industri Teksi) bersetuju menyerahka­n lesen individu kepada pemandu yang keluar daripada sistem pajak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB beramah mesra dengan pemandu teksi di MAEPS, Serdang, semalam.
NAJIB beramah mesra dengan pemandu teksi di MAEPS, Serdang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia