Harian Metro

LIYANA STABIL EMPATJAM DIBEDAH

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Pesakit para tiroid masih lemah selepas

jalani pembedahan

pada leher

Pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di bahagian lehernya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Bapanya, Abdul Raziff Muhammad Radzi, 55, berkata, pembedahan dilakukan selama empat jam bermula jam 7 pagi semalam.

“Selepas pembedahan membuang para tiroid, Liyana kini ditempatka­n di Pusat Anaesthesi­a

Rawatan Rapi (PACU) HKL bagi pemantauan selama 24 jam oleh doktor pakar sebelum dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bimbang berlaku jangkitan kuman walaupun selepas pembedahan kerana antibodi Liyana lemah.

“Saya juga sudah berjumpa dengan Liyana pada jam 5 petang tadi (semalam). Nurliyana sudah sedar dan apabila saya bercakap dengannya dia memberikan reaksi dengan mengangguk kepala,” katanya ketika ditemui di Institut Urologi dan Nefrologi, HKL di sini, semalam.

Abdul Raziff berkata, pihaknya dimaklumka­n doktor pakar selepas pembedahan dilakukan, keadaan bengkak di bahagian mulut dan rahang anaknya itu berkemungk­inan akan surut.

“Namun sekiranya masih tidak surut, doktor pakar akan berbincang semula dengan keluarga bagi menentukan rawatan bersesuaia­n sama ada dengan melakukan pembedahan susulan di bahagian mulut

atau kaedah lain.

“Kami harap Nurliyana akan pulih dengan segera selepas pembedahan ini.

“Kami amat berterima kasih kepada semua yang membantu meringanka­n beban kami sekeluarga serta tidak putus mendoakan agar anak sulung kami diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penderitaa­n Nurliyana yang disahkan menghidap para tiroid sejak 2016 menyebabka­n tulang rahangnya membesar dan bahagian dalam mulut terkeluar serta turut menjejaska­n penglihata­n.

Berat badannya turut menyusut daripada 55 kilogram kepada 23 kilogram manakala ketinggian­nya turut menurun daripada 1.5

Sekiranya masih tidak surut, doktor pakar akan berbincang semula dengan keluarga bagi menentukan rawatan bersesuaia­n sama ada dengan melakukan pembedahan susulan di bahagian mulut atau kaedah lain”

Abdul Raziff

meter kepada 1.3 meter.

Sebelum ini, doktor pakar tidak mengesyork­an Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid, sebaliknya perlu mencari kaedah rawatan sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

Masalah kesihatan itu menyukarka­n doktor pakar untuk menjalanka­n pembedahan kerana Liyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur berikutan keadaan jantungnya yang lemah.

 ??  ??
 ??  ?? NURLIYANA sebelum menjalani pembedahan.
NURLIYANA sebelum menjalani pembedahan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Taufiq setia di sisi isteri yang tercinta.
MOHD Taufiq setia di sisi isteri yang tercinta.
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR ceria Nurliyana bersama suaminya, Mohd Taufiq sebelum menghidap para tiroid.
GAMBAR ceria Nurliyana bersama suaminya, Mohd Taufiq sebelum menghidap para tiroid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia