Harian Metro

SEWA RUMAH SIMPAN DADAH

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Polis tahan lapan individu termasuk dua wanita, sita enam kenderaan

Sewa rumah untuk simpan pelbagai jenis dadah. Itu taktik sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sebelum diedar ke pasaran gelap.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzam­an Mamat berkata, hasil risikan dan maklumat diperoleh pihaknya melakukan empat serbuan kira-kira jam 5 petang, Rabu lalu.

“Dalam serbuan itu, polis menahan lapan individu warga tempatan termasuk dua wanita berusia antara 19 hingga 34 tahun.

“Kami turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu 167,500 pil ekstasi seberat 67 kilogram (kg), 36.3kg syabu, 6.5kg kokain dan enam gram ketamin bernilai RM8.7 juta,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s di sini, semalam.

Kamarulzam­an berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah menyimpan bekalan pelbagai jenis dadah di dalam rumah sewa sebelum diedar untuk pasaran gelap.

“Semua tangkapan dilakukan di beberapa rumah sewa suspek. Pemeriksaa­n terhadap rumah berkenaan mendapati dadah berkenaan diletakkan dalam sebuah bilik.

“Berdasarka­n jumlah dadah itu, bekalannya boleh diambil oleh 400,000 penagih,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita enam kenderaan iaitu Toyota Vellfire, Toyota Camry, Toyota Vios dan Perodua Axia selain wang tunai hampir RM5,000 serta pelbagai jenis barang kemas dianggarka­n bernilai RM656,000.

“Semakan mendapati semua suspek tiada rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing adalah negatif.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 11 hingga 18 April ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, polis komited membantera­s kegiatan pengedaran dadah di seluruh negara dengan menjalanka­n serbuan dan operasi berterusan.

 ??  ??
 ?? FOTO: ROSDAN WAHID ?? KAMARULZAM­AN (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas. ANTARA kenderaan yang disita.
FOTO: ROSDAN WAHID KAMARULZAM­AN (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas. ANTARA kenderaan yang disita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia