Harian Metro

Sikap terlalu berhati-hati ‘makan diri’

-

Gold Coast: Sikap terlalu berhati-hati akhirnya ‘memakan diri’ atlet lompat kijang negara Muhammad Hakimi Ismail apabila mempamerka­n prestasi kurang memberangs­angkan pada aksi final di Stadium Carrara semalam.

Hakimi sekadar melakukan lompatan sejauh 15.97m selepas melakukan percubaan pertama 15.77m dan percubaan keduanya dibatalkan.

“Hari ini tidak menyebelah­i saya, saya terlalu berhati-hati,” kata Hakimi.

“Pada lompatan pertama saya cuba melakukan sesuatu yang baru, lompatan kedua pula dibatalkan dan pada lompatan ketiga, saya terlalu berhati-hati kerana takut batal.

“Namun peserta Jamaica (Clive Pullen) sudah memperbaik­i lompatan iaitu 16.16m. Saya tak tahu perkara itu dan lompat berhati-hati dan semuanya berakhir bagi saya.

“Saya kecewa kerana sepatutnya saya mampu melakukan lebih baik daripada ini. Ia masih boleh diperbaiki namun bukan rezeki saya hari ini (semalam).”

Ia disifatkan pencapaian terburuk daripada atlet Program Podium yang pernah memecahkan rekod kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Sukan SEA - Myanmar 2013 dengan melakukan 16.44m, Singapura 2015 (16.76m) dan KL2017 (16.77m).

Jelasnya, ketika saringan dia hanya memikirkan untuk melakukan yang terbaik dan tidak dibatalkan, namun perkara diharapkan­nya tidak menjadi.

“Memang salah saya, sepatutnya pada lompatan pertama saya sudah berikan yang paling baik,” katanya yang akan berbincang dengan jurulatih berhubung perancanga­n masa depan termasuk kelayakan ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan.

 ??  ?? AKSI Hakimi melakukan lompatan pada acara final lompat kijang.
AKSI Hakimi melakukan lompatan pada acara final lompat kijang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia