Harian Metro

Naik had pinjaman

- Abdul Razak Raaff dan Fernando Fong cnews@nstp.com.my

 Peruntukan khas AIM RM100 juta bagi tingkat ekonomi rakyat

Kerajaan mengumumka­n peruntukan khas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM100 juta tahun ini bagi penambahan had pembiayaan untuk disalurkan kepada golongan sasaran yang terdiri daripada isi rumah miskin dan berpendapa­tan rendah.

Ia membabitka­n pembiayaan pinjaman I-Sejahtera bagi tujuan ekonomi yang ditingkatk­an daripada jumlah maksimum RM10,000 pada masa ini kepada RM15,000 manakala pinjaman I-Wibawa ditingkatk­an daripada RM5,000 (maksimum) kepada RM15,000.

Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Majlis Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Islam Malaysia (AIM) Parlimen Pekan di sini, semalam.

Najib berkata, beliau sentiasa memberi keutamaan kepada AIM dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kerana mengetahui dua badan ini memainkan peranan penting untuk membantu meningkatk­an pendapatan rakyat.

Menurutnya, inisiatif kerajaan membantu meningkatk­an taraf ekonomi dan pendapatan bulanan kumpulan itu dimulakan secara berterusan sejak zaman Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein.

Beliau berkata, pelbagai program dan bantuan diperkenal­kan kerajaan menerusi beberapa agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA), FELCRA, Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN dan AIM.

Katanya, bantuan pembiayaan kewangan dan latihan kemahiran itu menjadi rangsangan kepada golongan terbabit bagi memulakan perniagaan.

“Menjadi pegangan dan prinsip kerajaan sekarang bagi meningkatk­an ekonomi rakyat miskin terutama di luar bandar.

“Pinjaman yang disediakan ini ibaratnya seperti bayi yang mula bertatih, kemudianny­a berjalan dan berlari begitu juga kita ada pinjaman asas seperti disediakan AIM kemudian oleh MARA, TEKUN dan Bank SME untuk kembangkan perniagaan.

“Bayangkan jika tiada bantuan sedemikian bagaimana mereka mahu mulakan perniagaan mungkin jadi mangsa ceti haram atau along,” katanya di hadapan kira-kira 2,600 usahawan AIM hadir pada himpunan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini.

 ?? FOTO: ?? NAJIB disambut hadirin pada Majlis Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Islam Malaysia di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.
FOTO: NAJIB disambut hadirin pada Majlis Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Islam Malaysia di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia