Harian Metro

GILIRAN SALEEM BUAT AMAL

Hasil kutipan Showcase Saleem Raja Balada Syokkk Ooo bantu rakan artis

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Insya-Allah dengan rezeki yang Allah

kurniakan ini, saya akan cuba salurkan kepada seberapa ramai

yang mampu. Semoga segala

urusan ini dipermudah­kan

SALEEM

Siapa sangka ketika terlantar sakit pada Februari lalu, Saleem mendapat petunjuk untuk mengadakan persembaha­n amal bagi membantu rakan artis yang kurang bernasib baik.

Saleem, 56, berkata, semua hasil kutipan jualan tiket Showcase Saleem Raja Balada - Syokkk Ooo akan disumbangk­an untuk tujuan murni itu.

“Ketika terlantar sakit, saya terdetik untuk membantu insan seni yang memerlukan bantuan. Ketika itu saya mengenang nasib apabila berdepan masalah kewangan, tidak bekerja dan perlu memikirkan bayaran bil hospital. Mujur ada pihak yang sudi membantu.

“Ketika itu, saya terfikir bagaimana nasib rakan artis lain yang melalui pengalaman sama. Atas kesedaran itu, saya menyimpan niat mengadakan persembaha­n amal dan bersyukur apabila semuanya dipermudah­kan,” katanya

Saleem berkata, semua hasil kutipan persembaha­n yang akan diadakan pada 20 April ini di auditorium Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu akan diagihkan kepada penggiat seni hasil kerjasama dengan Persatuan Seniman

Malaysia (Seniman).

“Buat masa ini, kami belum memutuskan individu yang bakal menerima sumbangan terbabit, tetapi kami akan bekerjasam­a dengan Seniman untuk memudahkan urusan pengagihan wang jualan tiket itu nanti.

“Insya-Allah dengan rezeki yang Allah kurniakan ini, saya akan cuba salurkan kepada seberapa ramai yang mampu.

Semoga segala urusan ini dipermudah­kan,”katanya.

Ditanya mengenai tahap kesihatann­ya kini, Saleem berkata, keadaannya semakin baik dan bersedia menghiburk­an penonton.

“Konsert ini akan menyaksika­n saya kembali menyanyi selepas terlantar sakit beberapa bulan lalu.

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya kini rajin bersenam dan mengambil ubat mengikut waktu bagi memastikan stamina dan tahap kesihatan saya kembali pulih,” katanya.

Bercerita mengenai persembaha­n anjuran

Laga Emas Enterprise dan Salju’s Enterprise itu, Saleem berkata, dia akan menyampaik­an rangkaian lagu popularnya.

“Persembaha­n ini akan mengambil masa selama dua jam dan saya akan menyanyi sekitar 11 lagu termasuk lagu terbaru, Janggawari,” katanya.

Sebanyak 400 tiket akan dijual dengan harga

RM150. Bagi yang berminat boleh menghubung­i talian Mas Anizah di talian 0193387115.

 ??  ?? SALEEM bersama penganjur dan rakan artis yang akan memeriahka­n showcase.
SALEEM bersama penganjur dan rakan artis yang akan memeriahka­n showcase.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia