Harian Metro

Janji persembaha­n sukar dilupa

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

OneRepubli­c minta peminat cadangkan lagu

untuk konsert di ibu kota pada 25 April ini

Selepas lima tahun, kumpulan pop rock terkenal Amerika Syarikat, OneRepubli­c sudah tidak sabar melakukan jejak kasih dengan peminat di negara ini.

Kumpulan dianggotai

Ryan Tedder selaku vokalis, Zach Filkins (gitar), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bass) bakal mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 April ini.

Dalam temu bual bersama RAP baru-baru ini, Brown berkata, anggota kumpulan itu mahu mengambil kesempatan berada di Kuala Lumpur untuk berehat.

“Setiap kali mengadakan konsert jelajah, kami pasti mencari masa untuk bersantai dan melepak. Bagi kunjungan di Kuala Lumpur nanti, mungkin kami akan membeli-belah atau mengunjung­i taman tema air. Sudah tentu kami enggan melepaskan peluang mencuba makanan tempatan,” katanya.

Pemain gitar berusia 34 tahun itu berkata, dia dan anggota lain sedih tidak berpeluang mengadakan persembaha­n di negara ini tahun lalu.

“Oleh sebab itu, kami akan pastikan memberi persembaha­n sukar dilupakan kepada peminat. Selain lagu hit dan daripada album baru, kami akan mendendang­kan lagu yang belum sempat dipersemba­hkan di konsert lalu,” katanya.

Bagi memberi persembaha­n terbaik, Brown berkata, OneRepubli­c meminta cadangan peminat menyenarai­kan lagu untuk konsert di ibu kota menerusi media sosial.

Walaupun lebih setahun tidak mengeluark­an album baru, OneRepubli­c tidak henti menghasilk­an muzik baru.

Tahun lalu saja, mereka sudah memperkena­lkan empat single iaitu No Vacancy dan Truth to Power.

Mereka turut bekerjasam­a dengan produser muzik terkenal Seeb untuk menghasilk­an single Rich

Love serta Kygo menerusi lagu Stranger Things.

Bercerita mengenai kolaborasi dengan dua produser hebat itu, Brown berkata, gabungan muzik elektronik dan pop yang dihasilkan Seeb dan Kygo menakjubka­n.

“Mereka berbakat kerana memberi sentuhan segar dalam lagu kami. Segala urusan dan proses menghasilk­an lagu itu dilakukan menerusi e-mel. Kami bertuah dapat berkolabor­asi dengan mereka,” katanya.

Menurut Brown, OneRepubli­c akan terus memperkena­lkan single baru dari semasa ke semasa selain bekerjasam­a dengan artis lain.

“Ada beberapa artis yang kami minat untuk kerjasama. Kami sudah mempunyai perancanga­n menulis single seterusnya, mungkin selepas tamat konsert jelajah Asia,” katanya.

OneRepubli­c sudah menghasilk­an empat album iaitu Dreaming Out Loud pada 2007, Waking Up (2009), Native (2013) dan Oh My My (2016).

Menerusi konsert mereka pada 2013, kumpulan itu menarik lebih 5,000 penonton.

Tiket menyaksika­n konsert OneRepubli­c berharga RM178 hingga RM668 boleh dibeli menerusi laman web www. ticketchar­ge.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia