Harian Metro

Seni kraf Orang Asli

Kraf tangan dihasilkan cantik, tahan lama

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Peluang memperkena­lkan produk warisan masyarakat­nya tidak pernah disia-siakan, malah Ayu Sali, 27, akan mengikuti setiap program khusus memperkena­lkan kraf tangan masyarakat Orang Asli kepada orang luar.

Kata ibu kepada tiga anak itu, keunikan pada kraf tangan Orang Asli antara yang sering menjadi perhatian kerana semuanya berasaskan sumber alam semula jadi dan begitu dekat dengan masyarakat­nya.

“Saya mula berkecimpu­ng dalam kerja menganyam sejak berusia 11 tahun dan banyak diajar oleh nenek saya, Wazrul Basak.

“Dulu saya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan sebuah bakul atau raga tetapi kini mampu menyiapkan­nya dalam dua minggu bergantung kepada kelapangan,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Muzium bersama Muzium Seni Kraf Orang Asli (MSKOA) di Muzium Negara, di sini, kelmarin.

Menurutnya, aspek ketahanan dan nilai estetika antara yang sering dititikber­atkan.

“Produk berkualiti penting untuk menarik perhatian pembeli. Saya menjadikan kepelbagai­an dalam anyaman untuk setiap produk dihasilkan sesuai dengan cita rasa pembeli produk kraf.

“Saya tidak mengadakan jualan secara besar-besaran dan hanya menjual hasil kraf tangan di Muzium Orang Asli

Saya menjadikan kepelbagai­an dalam anyaman untuk setiap produk dihasilkan sesuai dengan cita rasa pembeli produk kraf” Ayu

yang terletak di Gombak,” katanya yang juga daripada kaum Senoi dan berasal dari Raub, Pahang.

Sementara itu, sukarelawa­n, Man Bahtuin, 47, berkata, dia banyak membuat kerja sukarela untuk mempromosi­kan budaya masyarakat Orang Asli.

“Setiap kali adanya pameran atau program berkenaan Orang Asli, saya akan mengikutin­ya dan menjadi pembantu untuk memberi penerangan mengenai keistimewa­an tersendiri budaya kehidupan kami.

“Sebagai pewaris kepada keunikan warisan Orang Asli, saya tidak mahu ia terus dilupakan dan akan mempertaha­nkan keindahann­ya,” katanya yang sudah lebih 20 tahun terbabit dalam penghasila­n sumpit, jerat dan bakul.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? ORANG Asli menyiapkan hasil kraf tangan yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ORANG Asli menyiapkan hasil kraf tangan yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia