Harian Metro

HUKUMAN KUMAR DITERUSKAN?

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Nasib penjaga gol utama hoki negara, S Kumar yang didakwa positif dalam ujian doping ketika Piala Asia, Oktober lalu bakal terjawab minggu depan.

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal memberi petanda jelas bahawa keputusan kes itu akan diketahui apabila memaklumka­n beliau berurusan dengan Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH), baru-baru ini.

“Kita sudah berurusan begitu rapi dan teliti dengan FIH dan semuanya saya akan maklumkan pada minggu depan dalam satu sidang media khas.

“Mungkin waktu itu saya akan maklumkan lebih terperinci mengenai perancanga­n pasukan kebangsaan menjelang Sukan Asia (di Jakarta) selain memberi gambaran bagi menjawab tanda

(gambar)

tanya berhubung isu Kumar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sejak didakwa positif doping lima bulan lalu, isu membabitka­n penjaga gol berusia 38 tahun itu mengundang tanda tanya apabila maklumatny­a sering dirahsiaka­n supaya tidak mengganggu perjalanan kes.

Malah, daripada e-mel yang diterima, sepatutnya Kumar mengetahui nasibnya pada 5 April lalu selepas FIH meminta tempoh 21 hari lagi bermula 15 Mac lalu untuk membuat keputusan berhubung hukuman ke atasnya.

Tetapi sehingga kini, Subahan berkata, tiada perkembang­an terbaru yang diterima sehingga memaksa pihaknya berurusan dengan FIH menerusi peguam, Jadadish Chandra.

“Pengumuman ini saya akan buat sebagai menjawab segala tanda-tanya. Setakat ini kami belum menerima maklumat terbaru. Tetapi minggu depan saya beri sedikit gambaran hasil daripada langkah susulan kami untuk berurusan dengan

FIH,” katanya. Bagaimanap­un, daripada reaksi Subahan dapat ditafsirka­n seperti hukuman terus dijatuhkan ke atas Kumar tanpa ada sesi pendengara­n selepas

MHC sebelum

 Nasib penjaga gol utama hoki negara yang didakwa positif doping ditentukan minggu depan

ini pernah menyatakan sudah mengemukak­an segala dokumen dan bukti kepada FIH untuk tujuan mengemukak­an rayuan.

Kumar kini menjalani hukuman penggantun­gan sementara yang menyaksika­nnya tidak dibenarkan terbabit dengan sebarang aktiviti hoki termasuk bersama skuad kebangsaan.

 ?? Subahan Kamal ?? Kita sudah berurusan begitu rapi dan teliti dengan FIH dan semuanya saya akan maklumkan pada minggu depan”
Subahan Kamal Kita sudah berurusan begitu rapi dan teliti dengan FIH dan semuanya saya akan maklumkan pada minggu depan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia