Harian Metro

SAMBUTAN PALING HEBAT

 Peminat habiskan masa empat jam di astaka permainan elektronik di Festival GegaRia 2018

- Suzalina Halid dan Embun Majid cnews@nstp.com.my

Astaka permainan elektronik di acara kemuncak Festival GegaRia 2018 #KitaOK yang berlangsun­g di Amanjaya Mall di sini, paling mendapat sambutan apabila diserbu ribuan peminat permainan maya itu sejak pagi semalam.

Ada yang sanggup menghabisk­an masa sehingga empat jam hanya di astaka terbabit bagi menikmati permainan elektronik yang ditawarkan secara percuma itu.

Astaka permainan elektronik yang berada dalam Zon Hiburan itu menampilka­n sehingga 10 stesen permainan antaranya F1, Guitar Hero, Fifa Online 3, Teken 7 dan Mario Cart.

Lebih menarik kerana peminat permainan elektronik itu bukan sekadar bermain tetapi juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang keseluruha­nnya berjumlah RM10,000.

Penganjur, Mohd Syahir Zolbahare berkata, sambutan yang diterima di lokasi ketujuh festival itu adalah paling meriah kerana peluang itu jarang ditampilka­n di mana-mana acara sebelum ini.

Menurutnya, platform itu juga dijadikan lokasi pertemuan semula untuk komuniti pemain permainan elektronik berjumpa rakan lama selain bersaing dalam suasana sihat.

Mohd Syahir berkata, melalui penyertaan mereka dalam Festival GegaRia itu juga, pihaknya mahu memberi pendedahan dan kesedaran bahawa permainan elektronik di negara ini bukanlah suatu perkara negatif sebaliknya mampu dijadikan sebagai kerjaya profesiona­l selain menjana pendapatan.

Festival GegaRia 2018 #KitaOK yang berlangsun­g di Amanjaya Mall itu adalah siri yang ketujuh selepas menjelajah di Shah Alam, Selangor; Johor Bahru, Johor; Kuantan, Pahang; Ipoh,

Perak; Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan sebelum ini.

Pelbagai acara menarik ditawarkan di lima zon iaitu Zon Makan-Makan, Zon Gaya Hidup, Zon Throwback Tunnel, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.

Acara penutup Festival GegaRia 2018 #KitaOK malam tadi turut menyajikan konsert yang menampilka­n selebriti terkemuka tanah air seperti Stacy, Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Kugiran Masdo, Bunkface dan Hujan.

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN Plague of Happiness membuat persembaha­n di konsert Gegaria Fest Amanjaya Sungai Petani. PENGUNJUNG mendengar perkongsia­n tip penjagaan kesihatan di gerai pameran Lifestyle sempena Gegaria Fest. AKSI peserta acara pecah belon di pameran KWSP...
KUMPULAN Plague of Happiness membuat persembaha­n di konsert Gegaria Fest Amanjaya Sungai Petani. PENGUNJUNG mendengar perkongsia­n tip penjagaan kesihatan di gerai pameran Lifestyle sempena Gegaria Fest. AKSI peserta acara pecah belon di pameran KWSP...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia