Harian Metro

PLATFORM JUTAWAN DIGITAL

-

ekonomi digital sepanjang pentadbira­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktika­n keberkesan­an inisiatif kerajaan membangunk­an taraf hidup rakyat dan memecah kitaran kemiskinan di negara ini.

Beliau berkata, sambutan golongan muda terhadap e-USAHAWAN juga mengagumka­n khususnya dari Sabah dan Sarawak walaupun mereka memahami inisiatif itu tidak menjanjika­n pemberian geran perniagaan.

“Kerajaan tidak beri geran satu sen pun dalam e-USAHAWAN kerana usahawan muda ini lebih menghargai ilmu perniagaan dan pemasaran dalam talian berbanding geran, kelak apabila perniagaan mula rancak dan memerlukan modal baru kami salurkan mereka ke geran yang sesuai.

“Tanpa visi dan sokongan Najib tidak mungkin semua inisiatif seperti e-REZEKI, e-USAHAWAN, pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri digital serta Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) akan berlaku kerana beliau di sebalik digital Malaysia.

“Beliau sendiri berkongsi pengetahua­n dalam dunia digital dan Alhamdulil­lah beliau memahaminy­a kerana kita tahu industri ini bukan mudah difahami melainkan golongan muda yang sememangny­a hidup segala-galanya dalam digital,” katanya.

Berdasarka­n Laporan Program Transforma­si Nasional (NTP), inisiatif e-USAHAWAN dan e-REZEKI diperkenal­kan sebagai strategi pengukuhan ekonomi yang dapat membantu mengurangk­an kelompok miskin bandar tegar dan meningkatk­an taraf hidup isi rumah rakyat.

Bagi sektor meningkatk­an taraf hidup isi rumah berpendapa­tan rendah,

 ??  ??
 ?? Yasmin ?? Apabila perniagaan mula rancak dan memerlukan modal baru kami salurkan mereka ke geran
yang sesuai
Yasmin Apabila perniagaan mula rancak dan memerlukan modal baru kami salurkan mereka ke geran yang sesuai
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia