Harian Metro

Sumbang satu juta peluang pekerjaan

-

Kuala Lumpur: Semakin meyakinkan apabila ekonomi digital dilihat bakal menyumbang­kan tambahan lebih satu juta peluang pekerja baru dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jumlah itu membuktika­n matlamat manifesto Barisan Nasional (BN) mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan baru dan berpendapa­tan tinggi realistik serta mampu dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood berkata, angka itu dijana berdasarka­n simulasi tenaga kerja ekonomi digital menjelang 2025.

Beliau berkata, simulasi itu menunjukka­n keperluan kritikal kepada tenaga kerja berkaitan ekonomi digital termasuk jurutera perisian dan pakar pengekod siber sekuriti yang ditakrifka­n sebagai tenaga kerja berpendapa­tan tinggi.

“Soal peluang pekerjaan ini perlu dilihat dalam skop sektor ekonomi digital yang membukapel­uang pekerjaan kerana kita kena memahami dunia mengalami revolusi besar tidak seperti dulu.

“Ekonomi digital diperjuang­kan menjadi pemangkin perubahan kepada permintaan tenaga kerja dan peluang pekerjaan.

“Kita berdepan kekurangan tenaga kerja mencecah

10,000 dalam siber sekuriti dan perlukan 20,000 profesiona­l data menjelang 2020, kerana itu kini ada anak muda berusia 25 tahun yang menerima bayaran gaji lima angka kerana mereka sangat bagus sebagai data saintis,” katanya.

Mengulas lanjut, Yasmin berkata, selain membuka peluang pekerjaan baru dalam industri digital, aktiviti ekonomi negara dirangsang dengan kewujudan usahawan digital.

Menurutnya, kelompok itu golongan yang bukan saja pekerja digital, malah yang menggunaka­n platform digital untuk menjual secara e-dagang, perniagaan dalam talian dan pemasaran media sosial.

“Kerajaan bukan melihat kepada angka semata-mata, tetapi strategi kami menyediaka­n generasi muda yang kalis masa depan.

“Saya ingin tekankan di sini, saya bukan ahli politik, sebaliknya saya profesiona­l swasta dalam industri teknologi, maka bagi saya jika kerajaan tidak beri penekanan dalam sektor ini dalam tempoh 10 tahun, Malaysia akan mundur kerana dunia kini menuju ke arah digital,” katanya.

 ??  ?? NEGARA berdepan kekurangan 10,000 tenaga kerja dalam siber sekuriti.
NEGARA berdepan kekurangan 10,000 tenaga kerja dalam siber sekuriti.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia