Harian Metro

Jelebu ditandingi MIC? Misi anak Taib Azamudden

- Muhammad Yusri Muzamir cnews@nstp.com.my

“Siapa pun calonnya, saya percaya Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Najib Razak) mempunyai sebab tertentu,” kata Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.

Beliau mengulas berhubung desas-desus ada pertukaran kerusi di Parlimen Jelebu kepada MIC pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Namun Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu berharap pucuk pimpinan tertinggi BN masih lagi menimbang permintaan daripada akar umbi yang mahu kerusi berkenaan tetap ditandingi UMNO.

Jalaluddin berkata, khabar angin pertukaran kerusi semakin kencang berikutan pelbagai pandangan disuarakan akar umbi di media sosial termasuk ada yang menuduhnya membuka pintu kepada orang luar untuk menerima ganjaran.

“Tidak benar saya berbuat demikian, saya minta semua ahli UMNO di peringkat akar umbi bertenang dan menumpukan usaha untuk memastikan BN beroleh kemenangan dalam PRU14.

“Soal siapa calon dan jika benar ada pertukaran, saya sendiri merayu supaya Pengerusi BN dapat menimbang semula berdasarka­n pandangan akar umbi ini,” katanya.

“Pengaruh anak bekas Presiden PAS Allahyarha­m Datuk Fadzil Noor tidak akan menggugat usaha saya untuk menawan kembali Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang,” kata Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Afnan Hamimi yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS berkata, pihaknya yakin dengan strategi tersendiri dalam usaha untuk menawan kembali Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas calon PAS Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu berkata, strategi yang akan digunakan berbeza berbanding pendekatan pada pilihan raya lalu, selain menegaskan perjuangan­nya akan berteraska­n pendekatan semasa.

“Faktor anak kepada sesiapa itu tidak memberi sebarang masalah kepada perjuangan saya bersama PAS untuk menawan kembali Permatang Pauh dan ia terpulang kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Saya yakin pengundi Permatang Pauh akan memilih calon yang menetap di kawasan berkenaan supaya dapat berkhidmat kepada mereka sepanjang masa diperlukan,”

 Afnan Hamimi bertembung anak bekas

Presiden PAS di Permatang Pauh

katanya ketika sidang media di sini, malam kelmarin.

Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumka­n Afnan Hamimi, 37, sebagai calon PAS untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh sekali gus menjadikan pertanding­an sekurang-kurangnya tiga penjuru di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, pakatan pembangkan­g menggunaka­n pengaruh anak bekas Presiden PAS, Allahyarha­m Datuk Fadzil Noor apabila mengumumka­n anak kelima tokoh itu, Muhammad Faiz Fadzil sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.

Pencalonan Muhammad Faiz, 41, itu disahkan Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman.

Muhammad Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAN dijangka berdepan calon PAS dan UMNO, bagi yang dimenangi wakil rakyat tunggal PAS, Datuk Salleh Man pada pilihan raya lalu.

PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahka­n kerusi itu kepada PKR ketika PRU pada 1999, selain Anwar mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kawasan itu sejak 1982.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengumuman calon di Parlimen Permatang Pauh dibuat lebih awal berikutan beberapa faktor, selain kawasan berkenaan disifatkan sebagai istimewa kepada PAS.

“Saya yakin dengan calon muda kita ini (Afnan Hamimi) dapat mengembali­kan sejarah kegemilang­an PAS di Permatang Pauh kerana ketika PRU pada 1978 yang menyaksika­n kemenangan Zabidi Ali sebelum dirampas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1982,” katanya.

dan yakin mampu merampas semula kerusi berkenaan.

“Kita mempunyai calon sudah dikenali ramai pengundi termasuk daripada golongan profesiona­l iaitu peguam serta doktor yang sudah disenarai pendek, mereka ini sudah lama bekerja di Indera Mahkota dan boleh dikatakan hampir 60 ke 70 peratus pengundi mengenalin­ya.

“UMNO juga berjaya menarik sokongan pengundi atas pagar terdiri daripada anak muda dengan peningkata­n cawangan baharu, pada PRU-13 kita hanya mempunyai 65 cawangan dan ia kini meningkat kepada 88 cawangan,” katanya.

 ??  ?? AFNAN Hamimi
AFNAN Hamimi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia