Harian Metro

Rezeki musim undi

- BERNAMA

 Pencari batang buluh tak cukup tangan layan permintaan pasang bendera

Bahang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang semakin terasa kini menyaksika­n hampir semua jalan utama bahkan jalan kampung begitu meriah dengan kibaran bendera parti masing-masing, bagaikan berpesta.

Namun siapa sangka di sebalik berdiri megahnya kibaran bendera tersebut yang disokong sebatang buluh, ada keringat manusia yang bersusah payah masuk ke dalam ceruk hutan untuk mencari tumbuhan itu sehingga ada yang disengat serangga dan binatang berbisa.

Semua itu kerana permintaan tinggi terhadap buluh untuk kegunaan bendera parti, menjelang pilihan raya yang juga satu daripada kempen konvension­al sejak dahulu lagi serta masih kekal sehingga kini.

Hamzah Yahya, 30, berkata, dia dan rakannya mula mendaki bukit curam sejauh 10 kilometer seawal 8 pagi di hutan Guar Napai, Jitra sejak beberapa hari lalu bagi mencari buluh untuk memenuhi permintaan pejabat Parlimen Jerlun sempena pilihan raya ini.

Menyifatka­nnya sebagai rezeki musim pilihan raya, Hamzah yang sudah kerap melakukan pekerjaan itu berkata kali ini misalnya mereka perlu menyediaka­n 2,000 batang buluh yang akan diagihkan di kesemua 35 Pusat Daerah Mengundi (PDM) daerah itu.

Bercakap kepada BERNAMA ketika ditemui di PDM Lubok Pinang dekat sini, Hamzah berkata setiap batang buluh yang telah diproses sepanjang 10 kaki dijual dengan harga RM2.50 sebatang, termasuk kos penghantar­an menggunaka­n lori ke setiap PDM.

Bagaimanap­un, buluh bukan sebarang buluh kerana menurut Hamzah, mereka perlu teliti memilih buluh yang bersesuaia­n, antara cirinya ialah yang sudah matang iaitu berusia 10 tahun ke atas dan berlumut bagi menjamin ketahanann­ya agar tidak mudah patah. “Misalnya hari ini kami perlu cari 600 batang buluh, kami juga perlu membawa buluh berkenaan turun dari bukit yang curam secara berpasanga­n, memang satu tugas yang mencabar apatah lagi ketika cuaca hujan kerana laluan licin,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran utama dalam mencari buluh, Khairul Idham, 27, pula berkata, adalah menjadi lumrah sekiranya diserang serangga atau haiwan berbisa seperti penyengat ketika proses mencari buluh dilakukan.

“Malah apa yang amat ditakuti kami sudah semestinya miang buluh, walau macam mana nak elak sekali pun mesti terkena juga lepas itu terpaksa beberapa hari rasa gatal,” katanya dan menambah, ia juga satu daripada cara mereka menyemarak­kan semangat cinta parti melalui aktiviti mencari buluh.

Lain pula ceritanya di Parlimen Kubang Pasu apabila Pengarah Briged Gempur Barisan Nasional (BN) kawasan itu, Datuk Hasmuni Hassan berkata mereka sudah mula menempah kira-kira 30,000 batang penyapu dan batang paip kira-kira sebulan yang lalu dari kedai alat perkakasan dan kedai runcit untuk kegunaan mengibar bendera parti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia