Harian Metro

‘Saya tak sabar mengundi buat kali ke-14’

-

Baling: Tidak pernah gagal menunaikan tanggungja­wab sebagai pemilih dalam pilihan raya umum sejak 1959.

Itu antara semangat patriotik seorang warga emas di Kampung Jawa Kuala Ketil di sini, yang tidak sabar untuk mengulangi­nya buat kali ke-14 tahun ini.

Abd Hamid Mohd Noor, 73, berkata walaupun sudah dimamah usia namun tanggungja­wabnya sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi tetap dilaksanak­an.

“Saya tidak pernah ketinggala­n mengundi sejak pilihan raya umum yang pertama diadakan pada 1959. Ketika itu usia saya 26 tahun dan saya tinggal di Anak Bukit di Alor Setar.

“Saya tidak sabar untuk mengulangi­nya kali ini walaupun pada usia 73 tahun,” katanya ketika ditemui semalam.

Mengimbau ketika keluar mengundi buat kali pertama, Abd Hamid berkata dia teruja dan bersemanga­t ketika melihat bendera parti bertanding berkibar buat kali pertama di pelusuk kampung.

Katanya, pada ketika itu penyokong dan calon parti yang bertanding cuma mengadakan ceramah politik di pentas selain lawatan ke kampung untuk menarik pengundi.

Abd

Hamid yang juga bekas tentera berkata, cara berkempen juga diadakan secara berhemah, tidak berlaku sebarang bentuk provokasi, fitnah dan kekecohan seperti yang berlaku dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

Mengimbas suasana politik pada masa dulu, Abd Hamid berkata, ketika itu cuma tiga parti politik bertanding iaitu Perikatan (menggunaka­n lambang kapal layar), PAS (lambang bulan sabit) dan DAP (menggunaka­n lambang roket).

Namun, semua parti bertanding secara sihat dan saling menghormat­i antara satu sama lain ketika berkempen.

Bapa kepada tujuh anak, 32 cucu dan 20 cicit itu berkata, beliau dan keluarga tidak mungkin ‘beralih selera’ menyokong parti lain.

 ??  ?? ABD Hamid
ABD Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia