Harian Metro

Kami dominasi

- Teh Athira Yusof dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Jumlah pengundi Melayu di Wangsa meningkat 7%

Dominasi pengundi Melayu di kerusi Parlimen Wangsa dilihat sebagai penanda aras yang paling kukuh untuk menampilka­n calon UMNO bagi menyaingi pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Bukan itu saja fakta peningkata­n jumlah pengundi Melayu daripada 54 peratus kepada 61 peratus wajar dilihat sebagai kemenangan ‘awal’ jika ada calon Melayu yang ditampilka­n di kerusi berkenaan.

Keadaan itu diyakini oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah berdasarka­n fakta itu, UMNO wajar diberikan penghormat­an untuk bertanding di kawasan itu walaupun tewas pada PRU13 lalu.

Beliau berkata, jika calon MCA ditampilka­n bagi kerusi berkenaan, ia mungkin boleh menyebabka­n wujud peralihan undi Melayu kepada pembangkan­g, terutamany­a PAS.

“Saya tidak bersetuju jika kepemimpin­an UMNO mahu menukar kerusi Wangsa Maju milik UMNO kepada MCA. Kita lihat jumlah pengundi Melayu di kawasan itu meningkat. Jadi, sebarang keputusan mesti ambil kira populasi sebelum putuskan calon yang layak ditampilka­n.

“Jika kita beri kerusi ini kepada MCA, tiba-tiba PAS pula putuskan untuk bertanding di kawasan sama... Kita bimbang trend pengundi Melayu akan beralih undi mereka.

“Kerusi Wangsa Maju sepatutnya diberikan kepada calon UMNO pada PRU nanti. Itu pendapat saya. Bagaimanap­un, saya serahkan kepada kepemimpin­an parti untuk tentukan siapa daripada UMNO untuk bertanding di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membayangk­an MCA bakal bertanding di kerusi Wangsa Maju berdasarka­n tinjauan yang mendapati parti itu dilihat boleh menang mudah di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, Shafie yang turut disokong badan kebajikan masyarakat India iaitu Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (PNRM) berikrar akan memberi sokongan penuh dan kuat kepada beliau selaku calon pilihan rakyat yang diperlukan Barisan Nasional (BN) di Wangsa Maju.

Kerusi Parlimen Wangsa Maju memiliki 67,775 pengundi membabitka­n 61 peratus Melayu, Cina (21 peratus) dan India (18 peratus).

Pada PRU13, Mohd Shafei mendapat 26,130 undi dan tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Kwong yang memperoleh 31,641 undi. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara mempertaru­hkan 13 calon sebahagian besarnya bukan berlatar belakang politik untuk bertanding di tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

Pada majlis pengenalan calon yang hanya dihadiri lebih kurang 30 ahli itu memperliha­tkan Pengerusi PPBM Terengganu Datuk Razali Idris bakal mencabar kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang terkenal sebagai ‘kubu kuat’ UMNO.

Razali yang sebelum ini kalah kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang di DUN Rhu Rendang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) turut mengumumka­n pencalonan Datuk Zulkifli Mohamad yang bakal merebut kerusi DUN Ladang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia