Harian Metro

Tunggu kata maaf

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

 Penuntut universiti swasta berang gambar disalah guna buat laporan polis

Gadis yang gambarnya dijadikan ‘modal’ kempen sebuah parti politik berharap tiada lagi gadis lain menjadi mangsa seperti dirinya.

Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak tidak bertanggun­gjawab itu sekali gus memberi pengajaran kepada semua pihak lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya harap perkara sebegini diberi perhatian serius dan diambil tindakan kerana tidak mustahil selepas ini mungkin ada individu kena sama seperti saya.

“Saya tak sangka ada pihak sanggup bertindak begitu untuk promosi parti politik mereka.

“Saya memang kecewa dan keluarga turut terkejut tetapi mereka beri sokongan kepada saya,” katanya di sini, semalam.

Nurul Aida Azira yang juga penuntut universiti swasta berkata, dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Pandamaran Jaya, Sabtu lalu.

“Laporan polis saya juga sudah ditularkan di media sosial. Pihak bertanggun­gjawab masih belum mengemukak­an permohonan maaf kepada saya. Pelik kenapa mereka sanggup curi gambar sampai ke tahap ini.

“Gambar itu diambil ketika saya menjadi model kepada produk tudung sebelum dimuat turun ke laman sosial Instagram saya Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahka­n menerima laporan daripada mangsa dan kes itu dirujuk ke Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Foto Nurul Aida Azira digunakan dalam poster kempen menyokong calon yang menggunaka­n logo PKR dan tertera “Bang...Pilih Biru Muda Saja Tau Bukan Bini Muda.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia