Harian Metro

Nafi rumah tangga retak Baguslah dah putus!

- Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri news@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Catriona Ross menepis gosip yang mendakwa dia sudah bercerai dengan suaminya seperti yang diperkatak­an ramai ketika ini.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini, sudah dua kali rumah tangganya dan suami, Shaharudin Mokhtarudi­n dikaitkan gosip sedemikian.

“Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai.

“Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Catriona, 37, berkata, dia percaya gosip itu mungkin disebarkan pihak yang kurang senang melihat kebahagiaa­n rumah tangganya.

“Saya sudah lama terbabit dalam bidang seni. Bila saya berjaya menguruska­n badan dan kembali aktif berlakon, saya tidak dapat mengelak apabila nama dikaitkan dengan gosip kerana bukan semua orang sukakan saya.

“Jika benar dakwaan saya sudah bercerai, saya tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis seperti sekarang. Lebih baik saya berkurung di rumah sahaja,” katanya.

Catriona berkata, dia dan suami baru sahaja bercuti di Hong Kong pada hujung Februari lalu.

“Kalau kami ada masalah rumah tangga takkanlah kami akan bercuti bersama ke luar negara?

“Ia seperti percutian bulan madu sekali gus mengeratka­n lagi kasih sayang kami,” katanya.

Catriona berkata, selamai ini dia tidak suka menunjukka­n kemesraann­ya dengan suami di tempat awam.

“Saya tidak perlu bersikap romantik atau mencium suami depan orang ramai. Cukuplah kami bermesra dan romantik bila di rumah sahaja.

“Mungkin orang nampak kami agak renggang kerana suami sibuk dengan kariernya sebagai pengarah. Saya pula sibuk sebagai pelakon di lokasi penggambar­an,” katanya.

“Alhamdulil­lah, saya lega apabila Zahirah maklumkan dia sudah putus dengan Zul. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak merestui hubungan mereka,” kata pelakon veteran Zainol Macwilson mengenai kisah cinta anaknya, Zahirah Macwilson yang berakhir sejak sebulan lalu dengan Zul Ariffin.

Zainol, 60, berkata, sudah sampai masa anaknya fokus kepada kerjaya dan perlu lebih berhati-hati dalam mengenali mana-mana lelaki selepas ini.

Menurut Zainol, dia berharap pelakon berbadan sasa itu tidak lagi mengganggu anaknya dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

“Dari awal lagi saya memang tidak suka mereka berkawan. Malah, ketika saya masih bersama mak Zahirah, dia ada beritahu yang Zul tidak hormat orang tua. Hari pertama jumpa dia sudah berikan persepsi negatif.

“Orang sekeliling juga banyak menyampaik­an perkara sama hingga saya juga terkena. Jadi, alasan saya tidak restu hubungan mereka ada asasnya. Saya bukan suka-suka berbuat demikian.

“Jadi, apabila Zahirah maklumkan perkara ini, saya berkata baguslah. Saya menasihati­nya supaya fokus pada kerjaya dan jaga nama sebaiknya. Paling penting, jangan mudah tergoda lagi dengan sesiapa pun,” katanya kepada Harian Metro.

Zainol yang juga pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu berkata, sepatutnya Zul dari awal lagi mengambil langkah berundur dan tidak meneruskan hubungan dengan Zahirah.

“Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah tetapi bukan bercinta

 Zainol harap Zul Ariffin tidak lagi ganggu Zahirah

atau ke fasa seterusnya.

“Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungja­wab saya. Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.

Sementara itu, penerbit Gayatri Su-lin Pillai menafikan dakwaan menjadi orang ketiga yang merosakkan hubungan bekas kekasihnya, Zul Ariffin dengan Zahirah.

Gayatri ketika dihubungi berkata, dia sudah menganggap Zul sebagai sahabat baik dan mereka akan terus berkawan seperti biasa.

“Hampir sedekad kami berkawan baik. Banyak sudah dilalui bersama, baik ataupun sebaliknya sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

“Kami akan tetap berkawan selagi Tuhan izinkan. Saya kenang budi baik Zul terhadap keluarga saya satu ketika dahulu dan ia tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

“Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubunga­n Zul. Namun kami saling berkomunik­asi dan berjumpa atas urusan kerja.” katanya.

Menurut Gayatri, dia tidak berkecil hati atau marah apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan Zul dan Zahirah.

“Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya akhiri persahabat­an dengan Zul? Dia pelakon berbakat besar. Jadi saya harus bekerjasam­a dengan dia dan mendorongn­ya untuk lebih berjaya dalam industri,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan kembali kepada Zul, Gayatri berkata dia hanya mampu memberi jawapan klise.

 ??  ?? ZUL Ariffin
ZAHIRAH
ZUL Ariffin ZAHIRAH
 ??  ??
 ?? Gayatri ?? Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya akhiri persahabat­an dengan Zul? Dia pelakon berbakat besar”
Gayatri Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya akhiri persahabat­an dengan Zul? Dia pelakon berbakat besar”
 ??  ?? CATRIONA Ross
CATRIONA Ross
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia