Harian Metro

Kerapu kertang tewas lepas bertarung 20 minit Ayam, kucing habis dimandi

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

Miri : Dua kaki pancing menerima durian runtuh selepas mendaratka­n seekor ikan kerapu kertang seberat 145 kilogram di Perairan Miri, kira-kira 50 kilometer dari Kuala Baram di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, ikan gergasi bernilai RM5,000 itu ditangkap menggunaka­n umpan isi ikan parang pada jam 1 pagi, selepas lebih 20 minit memerah keringat bertarung dengan penghuni laut dalam itu.

Ahmad Uzair Sidek, 20, berkata, dia bersama seorang saudaranya, Nordin Maidin Sandih, 48, terkejut apabila mendapati keadaan tali pancingnya direntap agak luar biasa sebelum menyedari ia ikan kerapu kertang.

“Memang sukar, selepas lebih 20 minit, baru dapat dinaikkan ke perahu sebelum dibawa pulang ke Pasar Nelayan Batu Satu, Kuala Baram,” katanya.

Menurutnya, ia adalah rezeki yang tidak disangka kerana berjaya memperoleh RM5,000 dalam sekelip mata hasil jualan ikan itu kepada peraih.

Anak sulung dari empat beradik itu berkata, dia akan menggunaka­n wang itu untuk membeli peralatan memancing selain untuk simpananny­a. Ikan kerapu kertang antara ikan yang sering diburu kerana mendapat permintaan tinggi terutama dari pengusaha restoran makanan laut yang menawarkan harga sekitar RM35 sehingga RM50 bagi sekilogram.

“Tidak kisah pandangan orang, paling penting aktiviti memandikan haiwan ini memberi kepuasan dan kegembiraa­n,” kata Mohd Ridzuan Mohammad, 27, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Baruh di sini, semalam.

Mohd Ridzuan berkata, dia menjadikan aktiviti memandikan haiwan ternakan sebagai terapi diri sejak dua tahun lalu.

“Saya sangat sayangkan haiwan justeru semua haiwan peliharaan termasuk ayam dan kucing akan dimandikan pada setiap hari.

“Tidak kisah apa anggapan orang sekeliling terhadap aktiviti ini, paling penting ia memberi kepuasan kepada diri.

“Saya berasa tenang apabila dapat menggosok dan memandikan haiwan peliharaan itu. Biasanya saya akan memandikan haiwan menggunaka­n syampu,” katanya.

Tambahnya, orang sekeliling

 Pemuda tak kisah dipandang pelik

memang berasa pelik dengan aktiviti yang dijalankan itu namun ia sudah sebati dengan hidupnya.

“Bagi saya, tidak cukup sekadar kita memberi makan dan menyediaka­n reban atau sangkar untuk haiwan peliharaan kesayangan itu.

“Aspek lain seperti kesihatan haiwan juga perlu dititikber­atkan. Berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman, haiwan yang dimandikan akan lebih segar dan sihat berbanding haiwan lain,” katanya.

Dia berkata, memandangk­an ayam peliharaan­nya berharga RM1,000 dan ke atas, maka dia berasa wajar memberikan tumpuan istimewa terhadap haiwan peliharaan­nya itu.

 ??  ?? MOHD Ridzuan menjadikan aktiviti memandikan haiwan ternakan sebagai terapi diri.
MOHD Ridzuan menjadikan aktiviti memandikan haiwan ternakan sebagai terapi diri.
 ??  ?? AHMAD Uzair menunjukka­n ikan kerapu kertang yang ditangkap bersama saudaranya di Perairan Miri.
AHMAD Uzair menunjukka­n ikan kerapu kertang yang ditangkap bersama saudaranya di Perairan Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia