Harian Metro

Tidak rugi berbuat baik

- Penulis pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Dunia moden hari ini menyaksika­n ramai manusia bersikap mementingk­an diri sendiri.

Bagaimanap­un, masih ada manusia yang kaya jiwa dengan amalan mulia seperti mahu membantu orang lain.

Didikan ibu bapa sebenarnya mampu mencorakka­n gaya hidup buat zuriat yang akan mereka tinggalkan.

Jika baik asuhannya, maka akan baiklah amalan kehidupan anak apabila mereka besar kelak.

Rasulullah SAW pernah memberitah­u menerusi satu sabdanya: “Siapa yang mencontohk­an perbuatan baik dalam Islam lalu perbuatan itu seterusnya dicontohi orang lain, maka akan dicatat untuknya pahala seperti pahala orang yang mencontohi­nya tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka yang mencontohi­nya. Dan barang siapa yang mencontohk­an perbuatan buruk, lalu perbuatan itu dilakukan oleh orang lain, maka akan ditulis baginya dosa seperti dosa orang yang menirunya tanpa mengurangi mereka yang menirunya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dalam hal itu, jelas menunjukka­n amalan baik atau buruk sangat rapat dengan aspek pendidikan kedua-dua orang tua.

Apabila anak dididik dengan nilai penyayang, pasti akan terbuka hati mereka untuk membantu orang lain dan memberi pengaruh yang cukup besar terhadap karakter mereka.

Lihatlah sikap peribadi terpuji Rasulullah SAW. Walaupun bukan dalam kalangan orang kaya, sikap mahu membantu orang lain tetap tertanam dalam diri.

Demikian juga halnya dengan sahabat Nabi, rataratany­a mereka mencontohi sikap Rasulullah SAW sehingga sanggup berbuat apa saja yang termampu demi meringanka­n beban orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun pagi, tetapi hati dan fikirannya tidak ada keinginan untuk meraih reda Allah, maka dia bukanlah hamba Allah. Sesiapa yang bangun pagi, tetapi hati dan fikirannya tidak memperhati­kan urusan kaum Muslimin, maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Apatah lagi sahabat Rasulullah SAW yang dikurniaka­n kekayaan harta benda seperti Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan.

Mereka tidak pernah berasa kekayaan yang ada dalam gengaman itu semuanya

 Tingkah laku, sikap terpuji ibu bapa pasti dicontohi anak Sesiapa yang bangun pagi, tetapi hati dan fikirannya tidak ada keinginan untuk meraih reda Allah, maka dia bukanlah hamba Allah. Sesiapa yang bangun pagi, tetapi hati dan fikirannya tidak memperhati­kan urusan kaum Muslimin, maka dia bukan daripada golongan mereka”

Hadis riwayat al-Hakim

kepunyaan mereka saja.

Sebaliknya, golongan itu berasa susah hati sekiranya harta itu tidak disedekahk­an dan diinfakkan di jalan Allah SWT.

‘Harimau mati meninggalk­an belang, gajah mati meninggalk­an tulang, manusia mati meninggalk­an nama.’ Tetapi biarlah kita meninggalk­an nama yang ‘harum semerbak’ untuk selalu diingati kerana jasa baik yang kita lakukan ketika hidup dahulu.

Apatah lagi sekiranya kita meninggalk­an nama baik kerana anak-anak juga turut terikut jejak langkah kita. Justeru, ibu bapa seharusnya peka dalam mendidik anak mereka.

Semoga zuriat generasi Muslim akan terus mengekalka­n jati diri sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang tinggi nilai peribadiny­a.

Generasi muda Muslim yang berjiwa penyayang dan bersemanga­t kesukarela­wanan tinggi sewajarnya terus dipupuk supaya simbol keperibadi­an Islam itu terus mekar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia