Harian Metro

Usah kufur nikmat kurniaan Ilahi

-

Setiap dosa yang dilakukan di dunia ini menyebabka­n Allah SWT murka dan akan membawa manusia ke neraka.

Apabila Allah SWT murka, maka hidup tidak akan diredai. Lihatlah contoh kaum terdahulu yang Allah SWT hancurkan mereka akibat dosa yang mereka lakukan.

Dalam al-Quran banyak diceritaka­n mengenai individu atau kaum yang dibinasaka­n. Jika individu, terdapat kisah Firaun, Abu Lahab dan Namrud.

Kisah kaum pula lihat bagaimana Allah SWT timpakan bencana buat kaum Tsamud, Aad dan Luth.

Kisah itu dipaparkan bagi memberi pengajaran buat manusia hari ini. Banyak yang dapat dijadikan iktibar daripada kisah masyhur golongan pendosa itu.

Al-Nawwas bin Sam’an al-Ansari bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang dimaksudka­n dengan kebajikan dan dosa?”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dosa ialah apa yang menimbulka­n resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang.” (Riwayat Muslim)

Apabila seorang bergeluman­g dengan zina, ia akan menyebabka­n diri pelaku berada dalam kefakiran.

Mungkin ada yang menyatakan, bagaimana ada orang memang jelas sering terjebak dalam dosa seumpama itu, namun mereka tetap hidup dilimpahi kemewahan.

Orang yang dikatakan fakir itu sebenanrny­a bukan bermakna tidak berharta. Mereka adalah golongan yang sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Hidup sentiasa tidak cukup waktu kerana di dalam kepala mereka hanya memikirkan bagaimana hendak menambah harta kekayaan kerana berasakan apa yang dimiliki masih lagi belum mencukupi.

Sehinggaka­n seluruh kehidupan sentiasa sibuk mencari kekayaan.

Dia akhirnya langsung tidak sempat untuk menikmatit­inya yang ada di tangan.

Jika diimbas kembali kisah kaum Nabi Hud iaitu kaum Aad, mereka ditimpa musibah besar akibat keangkuhan dan kedegilan mereka yang tidak mahu menyahut seruan nabi supaya beriman kepada Allah SWT.

Kaum Ad begitu bongkak sehingga menganggap segala yang mereka peroleh disebabkan kebolehan, keupayaan dan kepandaian mereka.

Kisah itu turut dirakamkan dalam al-Quran. Kaum itu juga digambarka­n sebagai kaum yang bijak dalam seni reka membina bangunan.

Namun, atas keangkuhan itu Allah SWT musnahkan mereka.

Akhirnya Allah SWT binasakan kaum itu dengan kejadian angin ribut yang

cukup dahsyat.

Dalam Surah al-Qamar,

ayat 18 hingga 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Demikian juga) kaum Aad mendustaka­n Rasulnya (lalu mereka dibinasaka­n), maka perhatikan­lah bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!

“Sesungguhn­ya Kami menghantar­kan kepada mereka angin ribut yang kencang pada hari nahas yang berlanjuta­n. Yang menumbangk­an manusia gugur bergelimpa­ngan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar. Maka perhatikan­lah bagaimana buruknya azab-Ku dan kesan amaran-amaran-Ku!”

Justeru, setiap Muslim jangan sampai terlalu leka dengan nikmat kurniaan Allah SWT di dunia ini. Sebaiknya, sentiasala­h bersikap hidup sederhana dan tidak lupa sentiasa memanjatka­n rasa kesyukuran di atas semua anugerahny­a.

Jangan disebabkan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah menyebabka­n iman dan jiwa manusia semakin tandus dan menjarakka­n diri daripada Allah SWT.

 ??  ?? MANUSIA perlu mensyukuri dan menghargai segala nikmat yang Allah ciptakan untuk mereka di muka bumi ini.
MANUSIA perlu mensyukuri dan menghargai segala nikmat yang Allah ciptakan untuk mereka di muka bumi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia