Harian Metro

Keselamata­n menuju Industri 4.0

- Penulis Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye

Teknologi realiti maya dan proses pembuatan menggunaka­n rangkaian komputer tanpa banyak menggunaka­n tenaga manusia dalam Revolusi Industri Keempat sudah pasti akan memberi cabaran baru kepada aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Ahli ekonomi Jerman Klaus Schwab mengetenga­hkan konsep Industri 4.0 atau IR4.0 pada 2015 bagi menggambar­kan kemunculan ekonomi digital dan penggunaan automasi dan rangkaian data dalam teknologi perindustr­ian.

Revolusi perindustr­ian pertama dikaitkan dengan penggunaan enjin wap dan mesin pertama untuk melaksanak­an beberapa jenis pekerjaan sementara revolusi kedua bermula dengan kemunculan bekalan elektrik yang membolehka­n pengeluara­n barangan secara besar-besaran.

Revolusi ketiga industri pula bermula dengan kemunculan komputer dan automasi di mana robot dan mesin mula menggantik­an manusia untuk proses pemasangan.

Kini kita memasuki IR4.0, yang juga merupakan era Internet-of-Things (IoT) di mana peranti fizikal turut mempunyai kewujudan digital di Internet. Peranti yang mengandung­i cip pintar kini berada dalam segenap aspek kehidupan seharian kita dan puluhan bilion peranti seperti ini dijangka disambungk­an ke

Internet menjelang 2020.

Pihak majikan tidak mempunyai pilihan tetapi perlu melaksanak­an lebih banyak automasi untuk proses pematuhan pengurusan keselamata­n selain menjadikan peralatan keselamata­n lebih pintar seiring dengan perkembang­an IR4.0.

Walaupun keselamata­n bukan perkara pertama yang muncul dalam fikiran apabila bercakap mengenai IR4.0, namun kemajuan teknologi membolehka­n pelbagai peralatan perlindung­an peribadi (PPE) yang ‘berteknolo­gi rendah’ seperti topi keledar dan kaca mata keselamata­n diubah suai menjadi lebih pintar dan saling berhubunga­n.

Saya berharap kemajuan terkini dalam teknologi keselamata­n akan membolehka­n majikan melindungi pekerja dengan lebih berkesan dan membantu mereka meningkatk­an daya saing dengan mengurangk­an kos berkaitan pengurusan keselamata­n.

Di Eropah misalnya, pihak berkuasa mengarahka­n majikan menggunaka­n teknologi terbaru untuk memastikan aspek pekerjaan lebih selamat dan sihat.

Semua pihak harus menggunaka­n teknologi terkini dan secara beransur-ansur membuang pendekatan tradisiona­l dan manual dalam pengurusan KKP seperti menggunaka­n pen dan kertas untuk menyimpan data berkaitan.

Sebagai contoh, PPE yang dipasang dengan sensor atau teknologi pengenalan frekuensi radio (RFID) dapat membantu mempercepa­tkan proses pengumpula­n data dan meningkatk­an ketepatan dan kecekapan.

Sambungan tanpa wayar yang digabungka­n dengan teknologi terkini dan perkompute­ran awan membolehka­n pengurus keselamata­n membuat pemantauan menggunaka­n komputer riba atau telefon pintar mereka. Dengan kadar segera, mereka boleh mengetahui siapakah yang menggunaka­n peralatan tertentu serta menilai sama ada pekerja terbabit mempunyai latihan yang bersesuaia­n manakala peralatan diselengga­ra dengan baik dan sesuai untuk proses berkenaan.

Dengan teknologi sebegini, pengurus keselamata­n boleh mengakses maklumat penting hanya dalam tempoh beberapa saat.

Secara umum, IR4.0 menuntut perubahan dalam pendekatan KKP dan penekanan baru perlu diberikan kepada kemahiran, pengetahua­n dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkaitan.

Pada masa sama, program pendidikan baru perlu dibangunka­n untuk memenuhi permintaan yang semakin berubah.

Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dikeluarka­n di Davos tahun lalu, perubahan pesat dan persekitar­an mencabar dalam perniagaan dan organisasi di bawah IR4.0 juga menyebabka­n pekerja sentiasa berinterak­si dan memproses pelbagai maklumat. Ia sudah pasti akan meningkatk­an keupayaan mereka untuk belajar.

Perubahan dalam suasana pekerjaan menuntut perubahan dari segi latihan agar memenuhi keperluan sektor baru. Ia bukan hanya menyediaka­n set kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri, tetapi juga menyediaka­n pekerja untuk suasana tempat kerja yang berubah.

Perubahan ini memerlukan pendekatan baru dengan mempromosi­kan budaya pembelajar­an sepanjang hayat. Ia memberi manfaat kepada tenaga kerja global generasi akan datang.

Satu lagi aspek KKP yang perlu diberikan fokus adalah isu ergonomik berkaitan penggunaan peranti moden seperti telefon pintar dan tablet.

Kajian yang dijalankan oleh pakar UKM mengenai kesan penggunaan Internet terhadap kesihatan psikologi dan perubatan dalam kalangan remaja baru-baru ini menunjukka­n mereka melihat paparan peranti digital dari sudut yang tidak sesuai sehingga memberikan bebanan sebanyak 27 kilogram ke atas leher mereka.

Ini menyebabka­n kira-kira 50 peratus remaja dalam kajian tersebut mengalami masalah ketegangan leher selepas menggunaka­n peranti seperti telefon pintar dan tablet.

Bukan itu saja, malahan 24.5 peratus pelajar terbabit turut mengalami masalah rabun jauh tetapi tidak menyedarin­ya. Masalah sama turut berlaku kepada golongan lain terutama pekerja.

Saya berharap lebih banyak penyelidik­an dapat dibuat mengenai isu ergonomik berkaitan penggunaan peranti moden, terutama dalam kalangan pekerja, dengan bantuan Pusat Kecemerlan­gan Ergonomik Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di Johor Bahru.

NIOSH berharap semua pihak yang berkepenti­ngan akan turut membincang­kan cabaran baru ini semasa Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ke-21 (COSH 2018) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada 24 dan 25 September 2018 dan Persidanga­n Saintifik Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ke-5 (SciCOSH 2016) di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada 28 dan 29 November 2018.

Bertemakan Meningkatk­an KPP dalam Era Digital Baru, COSH 2018 akan membantu menangani cabaran baru serta meningkatk­an keselamata­n dan kesihatan pekerja melalui pengesanan awal pendedahan risiko, pembanguna­n langkah pencegahan dan pelaksanaa­n sistem dan dasar KKP.

Bagi SciCOSH 2018 pula, saya berharap program dwi-tahunan itu akan memberi tumpuan kepada penyelidik­an saintifik terkini mengenai KKP termasuk yang berkaitan dengan impak IR4.0.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia