Harian Metro

Tiada ketetapan umur

- DARI MUKA N31

Begitu juga dengan fizikal apabila setiap pemanah perlu mempunyai kawalan fizikal yang baik terutama untuk mengimbang­i badan ketika bersiap sedia melepaskan anak panah daripada busur dipegang.

Dari peringkat umur pula, pemanah tidak mempunyai sebarang ketetapan tertentu. Selagi boleh mengendali­kan busur dan melepaskan anak panah, sudah cukup melayakkan diri untuk menyertain­ya.

Malah, ada juga sekolah tadika yang mengadakan aktiviti memanah untuk si kecil dengan menyediaka­n peralatan sesuai usia mereka terutama penggunaan anak panah tidak tajam.

Di peringkat pendidikan lain pula, bagi pelajar yang sudah mampu mengendali­kan alatan memanah didedahkan pula teknik memanah lebih teknikal.

Secara asasnya, bagi mereka yang baru berjinakji­nak dalam aktiviti ini sudah pasti mempelajar­i teknik memanah secara statik didedahkan. Ini bermakna pemanah hanya perlu memanah pada satu titik sasaran yang tidak bergerak dan melakukann­ya dalam beberapa posisi tertentu.

Bagi mereka yang sudah mampu menguasain­ya pula, teknik dinamik diperkenal­kan iaitu titik sasaran tidak berada pada satu tempat tapi bergerak dan pemanah perlu bijak mengendali­kan busur dengan baik untuk memastikan anak panah mampu menikam objek disasarkan­nya.

Bermula dengan pengenalan teknik dinamik, pemanah mampu menyertai cabaran memanah yang lain seperti memanah berhalanga­n dan berkuda. Kedua-dua disiplin itu popular dalam aktiviti memanah tradisiona­l yang hanya bergantung kepada peralatan asasnya saja iaitu busur dan anak panah.

Difahamkan terdapat beberapa jenis anak panah digunakan seperti gentian kaca, karbon, buluh dan kayu. Penggunaan anak panah ini bergantung kepada aktiviti memanah

 ??  ?? MEMANAH dengan memakai pakaian tradisiona­l memberi
jiwa ketika beraktivit­i.
MEMANAH dengan memakai pakaian tradisiona­l memberi jiwa ketika beraktivit­i.
 ??  ?? AKTIVITI memanah dalam kalangan remaja memberi kesan yang positif dalam kehidupan.
AKTIVITI memanah dalam kalangan remaja memberi kesan yang positif dalam kehidupan.
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN anak panah tradisiona­l.
KEPELBAGAI­AN anak panah tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia