Harian Metro

Didik anak yakin diri

- Hafiz Ithnin

Masing-masing baru berusia kurang 12 tahun, namun aksi mereka yang penuh berdisipli­n dari segi aturan gerak-geri badan dan cara melepaskan anak panah sememangny­a boleh dipuji kerana begitu tertib serta tidak mudah hilang fokus ketika memanah.

Aktiviti memanah dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia bukan sesuatu yang baru memandangk­an ada pihak sekolah yang menganjurk­annya secara rekreasi di dalam kokurikulu­m.

Malah, ada juga sekolah swasta seperti pusat pengajian tahfiz tempatan yang menawarkan aktiviti memanah kepada pelajar mereka untuk mengisi waktu santai.

Berkesempa­tan melihat sendiri murid-murid di Sekolah Rendah Islam

Nurul Hidayah, Puchong, Selangor berlatih yang dipimpin jurulatihn­ya dari Musaddidun Solution, Azharul Amani Abdul

Aziz sememangny­a di luar jangkaan penulis.

Bayangkan kanakkanak yang baru berusia lapan tahun sudah mampu melepaskan anak panah ke kawasan sasaran dengan begitu baik.

Azharul Amani yang lebih mesra disapa Ahmad berkata, aktiviti memanah di sekolah berkenaan bermula sejak 2016 yang disertai pelajar dari tahun dua hingga tahun enam.

Katanya, memanah termasuk di dalam salah satu aktiviti kokurikulu­m pilihan pelajar.

“Kanak-kanak yang menyertai aktiviti memanah lebih fokus, tenang dan yakin kerana ciri-ciri itu sangat diperlukan seorang pemanah untuk melepaskan anak panah ke lokasi sasaran dengan baik.

“Dari segi cabaran mengajar kanak-kanak ini sememangny­a ada, tapi kita perlu bijak untuk mengawal keadaan terutama menjadikan aktiviti ini sesuatu yang menyeronok­kan. Tapi, dalam masa yang sama berdisipli­n dan peka dengan keselamata­n.

“Selain itu, mereka juga diberi pendedahan untuk berlatih dengan teknik memanah yang membolehka­n mereka layak menyertai pertanding­an bagi mewakili sekolah atau kelab.

“Setakat ini, pelajar di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah sudah menyertai pertanding­an memanah berhalanga­n pada tahun lalu dan berjaya meraih tempat kedua,” katanya yang berpengala­man selama 10 tahun dalam aktiviti memanah.

Azharul Amani yang juga atlet memanah berkuda Malaysia berkata, setakat ini pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an latihan memanah di tujuh sekolah termasuk pusat tahfiz dan memiliki antara 200 hingga 300 pelajar sejak mengajar pada 2009.

Terdapat juga pelajar dari negara asing yang menjadi pelajarnya iaitu dari Indonesia dan Thailand yang kini ada antara mereka berjaya mewakili negara masing-masing bagi pertanding­an memanah di peringkat antarabang­sa.

Katanya, kelas latihan yang ditawarkan untuk kanak-kanak juga mampu milik untuk ibu bapa iaitu bermula RM60 bagi dua sesi latihan termasuk menyediaka­n semua keperluan memanah.

“Sekiranya mereka sudah bersedia untuk terus mempelajar­i teknik memanah, murid digalakkan memiliki busur sendiri dengan harga ditawarkan sekitar RM170 termasuk empat anak panah dan beg simpananny­a, ‘tarkaz.’

“Banyak faedah yang boleh dimiliki kanak-kanak sekiranya terus bergiat aktif dengan aktiviti memanah kerana ciri-ciri seorang pemanah boleh diterapkan ketika mereka belajar di bilik darjah,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PELAJAR mengambil anak panah selepas memanah.
KANAK-KANAK perempuan juga mempunyai minat dalam aktiviti memanah.
FOTO: PELAJAR mengambil anak panah selepas memanah. KANAK-KANAK perempuan juga mempunyai minat dalam aktiviti memanah.
 ??  ?? PELAJAR Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah menunjukka­n gaya memanah masing-masing.
BERSEDIA untuk melakukan teknik memanah yang diajar jurulatih.
PELAJAR Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah menunjukka­n gaya memanah masing-masing. BERSEDIA untuk melakukan teknik memanah yang diajar jurulatih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia