Harian Metro

Ketangkasa­n pemanah berkuda

Erina pernah dinobatkan juara pertanding­an peringkat kebangsaan pada 2016

- Shuhada Mansor Rencana@hmetro.com.my

Perjalanan kisahnya sebagai atlet pemanah berkuda pernah didokument­asikan dalam History Channel

Asia menjadikan, Erina Emelina Ismail, 27, antara yang dikenali dalam sukan berkenaan.

Empat tahun berkecimpu­ng dalam sukan memanah berkuda, pencapaian­nya tidak diragui lagi apatah lagi pernah dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Memanah Berkuda Kebangsaan buat julung kalinya diadakan pada 2016.

Selain itu, pingat gangsa yang diperoleh untuk acara Masahee iaitu acara berpasukan dengan dua lagi pemanah dijulang di World Martial Arts Mastership, Korea Selatan pada tahun sama.

“Kalau ditanya bagaimana bermula, jujurnya, saya tak pernah terfikir menjadi seorang pemanah berkuda. Peluang ini datang tanpa diduga.

“Awalnya, saya terbabit secara tidak serius dengan dua sukan ini, memanah dan berkuda. Waktu itu ketika masih kuliah. Apabila dapat tahu berkenaan pemanah berkuda iaitu kombinasi dua sukan ini, saya rasa ia sesuatu yang unik.

“Tapi waktu itu di universiti saya tak ada tempat latihan untuk sukan ini. Jadi saya mula ketika kembali ke Kuala Lumpur selepas tamat belajar,” katanya yang juga bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat telekomuni­kasi di ibu kota.

Erina Emelina pada mulanya berkenalan dengan beberapa pemanah berkuda Malaysia. Dia kemudian melanjutka­n latihan dengan jurulatih ekuestrian, Sarjan Marshal Ajail dari Pusat Ekuestrian Angkatan Tentera Malaysia hingga ke hari ini.

Dalam usaha mengukuhka­n teknik dan kemahiran, Erina Emelina yang berstatus pemanah berkuda wanita negara kini berada di bawah naungan Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia.

Menceritak­an serba sedikit perjalanan­nya sebagai atlet, dia pernah menyertai pertanding­an seumpamany­a di Poland, namun pengalaman itu sedikit berbeza kerana perjalanan solo tanpa membabitka­n ahli pasukan lain.

“Kalau dilihat, sukan ini adalah gabungan kemahiran menunggang kuda dan memanah. Untuk memanah dengan tepat pada sasaran, secara pantas sambil harus mengawal imbangan badan di atas kuda, peka keadaan sekeliling dan kombinasi semua itu adalah cabaran bagi saya.

“Bagi mendapatka­n kemahiran, ia memerlukan latihan mantap dan berterusan. Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu,” katanya yang menjadikan pemanah berkuda wanita terbaik dunia, Ana Sokolska dari Poland sebagai idolanya.

Malah Erina Emelina turut berkongsi tip mencipta keserasian dengan kuda ditunggang. Katanya, dapatkan serba sedikit maklumat dengan pemilik atau pelatih kuda berkenaan karakter haiwan terbabit. Keserasian dicari dengan cara sentuhan, memahami pergerakan dan perangai kuda. Justeru dari situ, kepercayaa­n boleh dibentuk.

“Sedikit tip untuk yang berminat, tak perlu tergesa-gesa dan tiada jalan pintas untuk jadi seorang pemanah berkuda terbaik serta berkemahir­an tinggi. Ambil seberapa banyak masa untuk berlatih dan perbaiki kemahiran memanah berkuda.

“Semangat dan konsisten perlu ada. Sukan ini sangat mencabar mental dan fizikal. Seorang pemanah berkuda perlu mempunyai asas yang bagus sebelum menggabung­kan keduaduany­a. Hal ini boleh dicapai dengan cara berlatih dengan jurulatih bertauliah,” katanya.

 ?? FOTO: IHSAN PERSATUAN PEMANAH BERKUDA AS-SIBAQ & AMM ARCHERY ?? AKSI Erina ketika memanah dalam
kejohanan disertainy­a.
FOTO: IHSAN PERSATUAN PEMANAH BERKUDA AS-SIBAQ & AMM ARCHERY AKSI Erina ketika memanah dalam kejohanan disertainy­a.
 ??  ?? KEHANDALAN Erina menjadi pemanah berkuda wanita negara terserlah.
KEHANDALAN Erina menjadi pemanah berkuda wanita negara terserlah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia