Harian Metro

Hadiah lumayan nanti kaki pancing

-

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFLIgloo), pengedar barangan Igloo di Malaysia bekerjasam­a dengan Wakjali Event Management bagi menganjurk­an pertanding­an memancing berskala mega pada 6 Mei ini.

Pertanding­an itu yang dinamakan Igloo Surfcastin­g Challenge 2018, bakal diadakan di Pantai Remis, Kuala Selangor bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pengarah Urusan UFL Datuk Radha Krishnan (gambar), berkata secara keseluruha­n, hadiah bernilai lebih RM165,000 ditawarkan kepada peserta dan daripada jumlah itu penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai RM146,500. Sementara selebihnya ialah barangan Igloo bakal menjadi hadiah iringan dan hadiah cabutan bonanza kepada peserta yang mengambil bahagian.

Katanya, juara pertanding­an membawa pulang wang tunai RM80,000, naib juara RM13,000 dan ketiga RM5,000.

“Tidak ketinggala­n, pemenang keempat dan kelima bakal menerima RM1,000 setiap seorang, keenam hingga ke40 menerima RM500 setiap seorang sementara pemenang ke 41 hingga ke 99, masingmasi­ng menerima RM400.

“Bagi peserta yang menduduki tangga ke 100 hingga ke150, penganjur menawarkan hadiah sagu hati wang tunai RM100 setiap seorang,” katanya pada taklimat media berkenaan pertanding­an itu, barubaru ini.

Selain hadiah wang tunai, penganjur turut menawarkan 20 hadiah cabutan bonanza barangan Igloo kepada peserta bertuah.

Radha berkata, setiap pendaftara­n dikenakan bayaran RM100 untuk satu joran dan peserta boleh mendaftar dua joran atau lebih.

Setiap peserta boleh menang lebih daripada satu hadiah yang ditawarkan.

“Bagi peserta yang mendaftar awal, penganjur menyediaka­n 1,000 kemejaT bercetak istimewa. Kaunter pendaftara­n 24 jam dibuka di lokasi pertandi ngan bermula jam 12 tengah hari, 5 Mei ini.

“Bagi peserta yang tinggal jauh dari lokasi pertanding­an, mereka boleh membuat pendaftara­n awal menerusi sistem perbankan atas talian sebelum pertanding­an ke akaun diberikan penganjur, seminggu sebelum tarikh pertanding­an,” katanya.

Pertanding­an itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan luar negara. Penganjur menjangkak­an, sekurangku­rangnya 2,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia serta Brunei.

 ??  ?? IGLOO Surfcastin­g Challenge 2018 menawarkan hadiah lumayan kepada peserta.
IGLOO Surfcastin­g Challenge 2018 menawarkan hadiah lumayan kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia