Harian Metro

BAKTI BAKAL DOKTOR

-

pembabitan dalam aktiviti sukarelawa­n juga memberinya peluang untuk mengamalka­n ilmu dipelajari.

Antaranya ketika menyertai program pemeriksaa­n kesihatan yang tentunya berkait rapat dengan bidang pengajiann­ya iaitu sains perubatan.

“Proses pembelajar­an di dalam bilik kuliah lebih kepada teori jadi untuk mempraktik­kan apa yang dipelajari, kita perlu menimba pengalaman dengan menjalani latihan klinikal.

“Bagaimanap­un, pengalaman itu juga tidak cukup dan ia antara sebab saya memilih aktif dalam aktiviti sukarelawa­n.

“Dengannya, saya dapat menimba pengalaman baru dan menariknya, setiap program yang disertai memberi peluang untuk saya menambah kenalan di samping membantu golongan memerlukan,” katanya.

Menurut Nursabrina, di samping terbabit dengan aktiviti sukarelawa­n, dia turut membantu menguruska­n perniagaan keluarga bagi memanfaatk­an masa terluang.

Katanya, dengan cara itu, dia dapat mempelajar­i selok-belok perniagaan dan yang berkaitan dengannya secara tidak langsung.

“Walaupun menuntut dalam jurusan sains perubatan, saya terbuka untuk mempelajar­i dan mencuba perkara baru.

“Salah satunya adalah perniagaan dan abang, Abdul Rejab banyak memberi tunjuk ajar memandangk­an dia juga adalah usahawan pakaian.

“Pengetahua­n dan pengalaman menguruska­n perniagaan ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada saya walaupun ia bukannya dalam ruang lingkup bidang yang saya pelajari di kampus,” katanya yang bercadang menyambung pengajian dalam bidang neurologi.

 ??  ?? NURSABRINA (berdiri tiga dari kanan) bergambar kenangan ketika menjalanka­n latihan industri di hospital.
NURSABRINA (berdiri tiga dari kanan) bergambar kenangan ketika menjalanka­n latihan industri di hospital.
 ??  ??
 ??  ?? NURSABRINA aktif dalam aktiviti sukarelawa­n sementara menanti peluang pekerjaan.
NURSABRINA aktif dalam aktiviti sukarelawa­n sementara menanti peluang pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia