Harian Metro

INISIATIF HARGAI ANAK AUTISME

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

April adalah bulan kesedaran autisme dan bagi memperinga­tinya,

Visi Mantap Sdn Bhd menganjurk­an program

Buka Panggung membabitka­n tayangan filem Redha dan diskusi berkaitan penyakit berkenaan di NC Space, Seksyen 13 Shah

Alam, Selangor, baru-baru ini.

Selain penuntut universiti, program berkenaan turut dihadiri pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham serta penerbit filem Redha, Ku Mohamad Haris yang menjadi panel diskusi.

Ketua Pegawai Strategi Visi Mantap Sdn Bhd merangkap moderator diskusi Muhammad

Thaaqhib Mohammed berkata, program itu sebahagian inisiatif yang dilakukan untuk menyampaik­an mesej berkaitan autisme kepada mereka yang hadir.

Katanya, ia diadakan selama tiga hari bermula jam 8.30 malam dan setiap peserta dikenakan bayaran masuk RM30.

“Tidak semua memahami golongan autisme melainkan mereka yang ada anak atau keluarga terdekat mempunyai penyakit berkenaan.

“Bagi memupuk kesedaran itu, kami anjurkan program sebegini dengan tidak hanya menyasarka­n golongan tertentu tapi semua termasuk remaja.

“Menariknya, program ini tidak membabitka­n tayangan filem semata-mata tapi peserta turut berpeluang mengajukan soalan kepada ahli panel yang hadir,” katanya.

Menurut Muhammad Thaaqhib, meskipun program itu berskala kecil, dia tetap berharap inisiatif berkenaan memberi impak kepada mereka yang hadir.

Katanya, kesedaran itu paling utama kerana dengannya, lebih ramai menyedari kepentinga­n golongan autisme dalam masyarakat.

“Program ini adalah permulaan dan kami berharap supaya ada kesinambun­gannya pada masa akan datang dengan topik perbincang­an yang lebih menarik.

“Sebagai penganjur, saya berterima kasih kepada mereka yang sanggup hadir memberi sokongan walaupun dengan bayaran.

“Bayaran itu bukan untuk mengaut keuntungan daripada mereka yang hadir tapi salah satu cara supaya mereka memberi komitmen terhadap program berkenaan,” katanya.

Sementara itu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Shakirah Ahmad Sharifudin, 21, berkata, kehadirann­ya ke program berkenaan adalah untuk mendapat informasi dan mendengar perkongsia­n ahli panel mengenai penyakit austisme.

Menurut Shakirah, informasi itu sangat penting lebih-lebih lagi dalam mendapatka­n bantuan untuk dua adiknya yang menghidap autisme sejak lahir.

“Kesedaran berkenaan autisme sudah lama ada memandangk­an saya mempunyai ahli keluarga yang menghidap austisme.

“Namun, banyak lagi perkara yang perlu diambil tahu itu tujuan utama saya hadir ke program ini bersama rakan lain.

“Bagi saya, program ini istimewa kerana bukan sekadar menayangka­n filem berkaitan pesakit autisme semata-mata tapi menjadi lebih menarik dengan adanya perkongsia­n daripada ahli panel yang turut mempunyai pengalaman mengendali­kan pesakit autisme,” katanya.

Seorang lagi peserta, Mohd Faiz Shuhaimi, 29, hadir ke program Buka Panggung kerana tertarik dengan inisiatif penganjur dalam memperjuan­gkan pesakit autisme .

Katanya, program seperti itu seharusnya diperbanya­kkan supaya kesedaran masyarakat terhadap golongan autisme bertambah.

“Saya seorang OKU jadi program seperti ini cukup dekat dengan saya yang dulunya pernah diejek rakan sebaya kerana ada masalah pendengara­n.

“Bagi saya, mereka perlu didekati dan bukannya disisihkan masyarakat kerana tanpa sokongan, mereka tiada keyakinan untuk maju ke hadapan.

“Peluang juga seharusnya diberikan kepada mereka dan sebab itu saya sendiri aktif dengan kelab sukarelawa­n OKU di dalam dan luar kampus dalam usaha membantu golongan senasib,” katanya.

 ??  ?? KU Mohamad Haris, Ahmad Idham (tengah) dan Muhammad Thaaqhib (depan tiga dari kiri) bersama peserta.
KU Mohamad Haris, Ahmad Idham (tengah) dan Muhammad Thaaqhib (depan tiga dari kiri) bersama peserta.
 ??  ?? KU Mohamad Haris
KU Mohamad Haris
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia