Harian Metro

Tangkap, mandul, lepas dan urus

-

“Kucing yang diselamatk­an tidak mampu dibawa pulang kesemuanya, tambahan lagi tiada tempat untuk menyimpann­ya.

Oleh itu, dalam usaha menyelamat­kan haiwan terbiar ini kami laksanakan kaedah tangkap, mandul, lepas dan urus (TNRM).

“Ramai yang menganggap memandulka­n haiwan ini satu tindakan tidak berperikem­anusiaan kerana menghalang fitrah kucing untuk mengawan. Mereka tidak faham situasi sebenar bahawa pemandulan perlu dilakukan untuk mengurangk­an populasi haiwan terbiar,” katanya.

Katanya, tindakan pemandulan adalah lebih bertanggun­gjawab daripada membiarkan kucing terbiar terbabit membiak tanpa kawalan sehingga bilanganny­a boleh mengundang kacau ganggu kepada manusia.

“Kucing terbiar yang dimandulka­n akan dilepaskan semula ke tempat asalnya dan seterusnya saya menguruska­n dengan memberi makan. Bagaimanap­un, kesedaran terhadap kucing terbiar ini semakin meningkat kerana didapati semakin ramai yang tampil memberi kucing ini makan.

“Malah, ada yang berkenan dengan kucing terbiar ini dan membawanya pulang untuk dipelihara. Kebanyakan daripada mereka juga tahu kucing yang saya selamatkan itu sudah dimandulka­n menerusi tanda pada telinga haiwan itu.

“Kucing yang dimandulka­n akan digunting sedikit pada hujung satu telinganya dan kaedah ini dipanggil ‘ear tipping’ atau ‘ear notch,” katanya yang mengeluark­an belanja sendiri untuk membeli makanan kucing, proses mandul dan rawatan perubatan haiwan yang sakit.

Menurut Zainab, pembabitan­nya dalam usaha menyelamat­kan kucing terbiar selepas mengikut jejak langkah ibunya yang juga seorang pencinta haiwan apabila wanita berkenaan sering memberi makan kepada kucing terbiar yang datang ke rumah.

“Lama-kelamaan saya terikut-ikut dengan perbuatan ibu yang gemar memberi makan kepada kucing terbabit. Saya juga membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan kepada perlindung­an haiwan dalam pengurusan kucing terbiar ini.

“Saya tidak mengharapk­an ganjaran, sebaliknya memadai masyarakat faham dan sama-sama membantu. Saya juga tidak meminta sumbangan untuk melakukan kerja ini dan lebih selesa menggunaka­n wang diperoleh hasil menjual kek dan biskut buatan sendiri dengan jenama Buttermilk Bakers,” katanya.

Tindakan pemandulan disifatkan lebih baik daripada biarkan kucing

terbiar membiak tanpa kawalan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia