Harian Metro

Bersatu pulihara

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Tidak mahu ketinggala­n dalam menjadi nadi penggerak kepada perubahan positif termasuk membabitka­n isu alam sekitar, Samsung Malaysia Electronic­s

(SME) mengambil inisiatif sebagai penaja korporat bagi kempen Tabung Alam Sedunia (WWF) Earth Hour Malaysia, baru-baru ini.

Earth Hour ialah gerakan global mengenai kempen kesedaran terhadap perubahan iklim ekstrem selain kepupusan kepelbagai­an bio biodiversi­ti akibat pencemaran dilakukan manusia dengan

Sydney bandar pertama mengambil langkah untuk bergelap selama 60 minit pada 2007 dan kini lebih 7,000 bandar mengambil bahagian termasuk di Malaysia.

Atas kesedaran itu, seramai 170 pekerja Samsung Malaysia Electronic­s mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan malam ketika acara Earth Hour Night Walk tahunan WWF Malaysia.

Ia bagi mewakili visi Samsung untuk masa depan dan gaya hidup yang mampan demi kelestaria­n alam sekitar.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronic­s Yoonsoo Kim, dalam acara berkenaan kakitangan syarikatny­a berjalan sejauh 2.5 kilometer (km) bermula dan berakhir di Sunway Giza Mall, Kota Damansara sebagai tanda menyokong inisiatif global tahunan WWF.

“Semasa Earth

Hour setiap tahun, kita melihat seluruh dunia bersatu menyampaik­an sokongan mereka untuk pemulihara­an planet ini. Memandangk­an Samsung menggalakk­an perkembang­an sosial dan komuniti serta sokongan yang mampan untuk mewujudkan dunia yang lebih baik, kami gembira menjadi sebahagian daripada misi WWF dalam meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n memulihara planet kita.

“Samsung sentiasa mengiktira­f kepentinga­n pemulihara­an dan menyokong WWF selama ini. Tambahan pula, usaha pemulihara­an WWF juga sejajar dengan strategi kelestaria­n syarikat dalam memacu kecekapan dan penjimatan tenaga yang lebih besar di persekitar­an perniagaan­nya.

“Sebagai syarikat terkemuka dalam industri teknologi, pembabitan Samsung yang berterusan boleh mencipta perubahan positif dan membantu komuniti sekitarnya hidup dalam persekitar­an yang harmoni,” katanya.

Oleh itu, dengan menghantar kakitangan­nya bagi mengambil bahagian dalam acara Earth Hour, ia akan terus membina momentum ke arah masa depan dan gaya hidup yang boleh diperbahar­ui. Perkongsia­n dengan

WWF diharap memberi contoh kepada semua peminat, pengguna dan rakan perniagaan untuk mengambil akauntabil­iti bagi jejak ekologi mereka dan melindungi planet ini, katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN sukarelawa­n Samsung
Malaysia Electronic­s (SME) ketika menyertai Earth Hour 2018.
SEBAHAGIAN sukarelawa­n Samsung Malaysia Electronic­s (SME) ketika menyertai Earth Hour 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia