Harian Metro

Tayangan eksklusif untuk 3,600 kanak- kanak

-

berkongsi keterujaan apabila pelbagai organisasi bersatu demi melahirkan impak positif kepada kehidupan kanak-kanak istimewa dan kurang bernasib baik di Malaysia.

“Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada majlis tayangan filem mega yang menyaksika­n penyertaan 33 kelab Kiwanis, enam JCI Malaysia dan 24 cawangan MBO Cinemas di seluruh negara.

“Bagi segelintir kanak-kanak di sini, ini adalah pengalaman menonton filem pertama bagi mereka dan ia menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBO Cinemas, Cheah Chun Wai berkata penambahan cawangan baru di seluruh negara memberi ruang kepada pihaknya menambah nilai dalam program kebajikan.

Katanya, MBO Cinemas sentiasa terbuka untuk menjalinka­n kerjasama dengan badan kebajikan seperti Kiwanis Malaysia sebagai simbolik mengembali­kan semula kepada masyarakat.

Memiliki 213 layar perak di 27 lokasi,

Cheah melihat ia sebagai satu kelebihan untuk bersama-sama komuniti menerusi pelbagai segmen program jangkauan yang dirancang.

Antara cawangan yang terbabit dalam program ini, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Kuantan, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang,

Kota Tinggi, Melaka, Seremban, Ipoh, Teluk Intan, Taiping, Alor Star, Kulim, Kota Kinabalu dan Kuching.

 ??  ?? KANAK-kanak yang diraikan dalam program Kiwanis-MBO Mega Movie Treats 2.0.
KANAK-kanak yang diraikan dalam program Kiwanis-MBO Mega Movie Treats 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia