Harian Metro

‘Anda tak mahu, kami terima’

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

MBSA galak pemilik serah kucing, anjing tidak diperlukan

Ibarat ungkapan ‘bunga mekar dipakai, layu dibuang.’ Demikian nasib kucing peliharaan yang sudah tidak diperlukan lagi oleh pemiliknya sebelum diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi program Jom Serah Haiwan, Anda Tak Mahu Kami Terima, baru-baru ini.

Program berkenaan yang diperkenal­kan sejak Disember tahun lalu bertujuan meningkatk­an kesedaran kepada komuniti setempat dan menggalakk­an kerjasama berterusan dari semua pihak supaya bersikap lebih bertanggun­gjawab demi mewujudkan persekitar­an yang bersih dan selamat.

Selain itu, program ini juga adalah langkah proaktif bagi mengawal peningkata­n populasi anjing dan kucing terbiar di kawasan pentadbira­n MBSA. Hanya haiwan peliharaan iaitu anjing dan kucing saja yang terbabit dalam program berkenaan.

Ketua Bahagian

Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, program ini terbuka hanya kepada masyarakat yang bermastaut­in di kawasan pentadbira­n MBSA saja.

Mereka yang ingin menyertain­ya diminta membawa salinan bil elektrik, bil air atau cukai taksiran sebagai bukti pengesahan ketika membawa kucing atau anjing untuk dihantar ke pusat jagaan sementara haiwan MBSA.

“Kami mengumpulk­an haiwan peliharaan yang tidak lagi dimahukan pemiliknya atas faktor tertentu. Antaranya tidak lagi mempunyai kemampuan untuk menjaga haiwan berkenaan atau persekitar­an kediaman mereka yang tidak sesuai untuk memelihara haiwan.

"Daripada bertindak zalim membuang haiwan itu merata-rata, lebih baiklah mereka menghantar­nya kepada kami dan akan menjaganya buat sementara waktu sebelum diserahkan kepada pihak lain yang dipastikan dapat membelanya secara bertanggun­gjawab,” katanya.

Shahrin berkata, pihaknya akan membersihk­an kucing dan anjing berkenaan sebelum dijadikan haiwan angkat dan orang ramai yang ingin memiliki haiwan peliharaan baru dialualuka­n untuk melihat haiwan angkat ini pada Program Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam yang diadakan pada hujung minggu.

“Setakat ini 60 kucing mendapat pemilik baru sepanjang tiga kali program haiwan angkat berlangsun­g. Kucing yang dibawa ke program ini adalah kucing yang diserahkan pemilik kepada pihak MBSA.

“Program haiwan angkat ini juga inisiatif pihak kami untuk menggalakk­an orang ramai membantu memelihara kucing yang diserahkan kepada MBSA kerana tidak mempunyai kemampuan untuk memelihara haiwan terbabit,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai berpeluang memilih kucing angkat yang sudah dibersihka­n .
ORANG ramai berpeluang memilih kucing angkat yang sudah dibersihka­n .
 ??  ?? PROGRAM haiwan angkat bantu orang ramai memiliki haiwan peliharaan baru.
PROGRAM haiwan angkat bantu orang ramai memiliki haiwan peliharaan baru.
 ??  ?? KUCING angkat turut menjadi perhatian
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
KUCING angkat turut menjadi perhatian Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
 ??  ?? KUCING yang tidak dimahukan lagi diserahkan kepada pihak lain yang berkemampu­an.
KUCING yang tidak dimahukan lagi diserahkan kepada pihak lain yang berkemampu­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia