Harian Metro

Teroka budaya perancis

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Menjadi antara festival filem dan kebudayaan luar negara paling dinanti di sini, Le French Festival (LFF) 2018 kembali dengan edisi ke-17.

Semestinya, acara itu seperti biasa menyajikan kehebatan seni dan budaya dari Perancis untuk peminatnya di sini.

Selama 16 tahun penganjura­nnya, festival berkenaan memenuhi kehendak peminat di Malaysia dengan pelbagai pengalaman berkaitan budaya Perancis dan ia diteruskan dengan program lebih menarik.

Anjuran Alliance Francaise Kuala Lumpur (AFKL) dan Kedutaan Perancis di Malaysia dengan sokongan Institut Francais, LFF 2018 berlangsun­g sejak 12 April sehingga 20 Mei nanti.

Edisi kali ini sedikit berbeza apabila selain tiga lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, buat pertama kali ia akan dibawa ke Johor Bahru.

Menurut Presiden AFKL Tengku Datin Paduka Setia Zatasha

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, acara berkenaan pastinya akan memperkuku­hkan pertukaran budaya antara Perancis dan

Malaysia.

“Pasukan kami sentiasa menyasarka­n untuk membawa pengalaman mengenai Perancis yang lebih segar dan menyeronok­kan buat rakyat Malaysia.

“Dengan lebih daripada satu program setiap hari, saya yakin kami dapat membina platform kukuh dalam menaikkan lagi momentum pertukaran budaya. Selain itu, ia bertujuan menggalakk­an orang ramai meneroka budaya Perancis,” katanya.

Program yang dipilih dengan teliti untuk LFF 2017 ini sentiasa menawarkan sesuatu untuk semua peringkat umur, memenuhi kepentinga­n awam dalam budaya Perancis itu sendiri yang merentasi pelbagai demografi.

Paling penting, peminat seni, filem, muzik dan pencinta makanan pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti LFF tahun ini. Ia merangkumi kategori baru diperkenal­kan seperti seni persembaha­n dan seni bina.

Festival Filem Perancis turut bekerjasam­a dengan Golden Screen Cinema (GSC) menerusi tayangan 16 filem. Tidak ketinggala­n, lawatan daripada artis muzikal dari negara itu yang sanggup turun padang.

Antara cerita yang menarik perhatian ialah Back to Burgundy (Ce Qui Nous Lie), Into The Forest (Dans la foret), A Kid (Le Fils De Jean), Step By Step (Patients), Django, dan The Magic Tuche (Les Tuche 3)’.

Pemain piano terkenal, Duo Jatekok dan band rock Lysistrata juga bakal menghiburk­an peminat muzik Perancis di acara itu kelak.

Pada edisi kali ini, selebriti tempatan, Siti Saleha turut dilantik sebagai tetamu istimewa sepanjang LFF berlangsun­g.

Bagi mendapatka­n maklumat dan jadual aktiviti segera, layari www. lefrenchfe­stival.com.my atau Le French Festival di Facebook.

LFF 2018 kembali dengan edisi ke-17 pertama kali turut dibawa ke Johor

Bahru

 ??  ?? DARI kiri Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee, Siti Saleha, Duta Perancis ke Malaysia Frederic Laplanche dan Tengku Zatasha pada pelancaran LFF 2018.
DARI kiri Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee, Siti Saleha, Duta Perancis ke Malaysia Frederic Laplanche dan Tengku Zatasha pada pelancaran LFF 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia