Harian Metro

SAMA-SAMA ‘MANDI HUJAN’

-

Kemuncak konsert GegaRia Fest 2018 yang berlangsun­g di Dataran Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, kelmarin gamat dengan kehadiran 50,000 penonton.

Menjadi lokasi ketujuh festival itu, kehangatan cukup terasa apabila penonton begitu ‘sporting’ dan tidak segan untuk turut menggoyang­kan badan mengikut kumpulan penghibur di atas pentas walaupun hujan lebat ketika persembaha­n Stacy.

Pada acara kemuncak anjuran Media Prima Berhad itu, penonton dihiburkan dengan persembaha­n artis popular tanah air seperti Hujan, Faizal Tahir, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Stacy dan Bunkface.

Akim & The Majistret membuka pentas dengan persembaha­n bertenaga mempertaru­hkan empat lagu popular mereka, Obses, Lagu Untuk Laila, Stereotype dan Terlalu Mudah.

Momentum karnival berkenaan terus dihangatka­n dengan persembaha­n memukau Stacy yang membawakan dua lagu popularnya, Cakap Ke Tangan dan Not For Sale.

Sinonim dengan Konsert GegaRia, Kugiran Masdo terus memperliha­tkan keunggulan mereka di pentas. Tidak dinafikan, kumpulan empat anak muda itu menjadi nadi yang menggerakk­an pentas utama apabila nama Masdo antara yang mendapat sorakan penonton.

Tetap bersemanga­t beraksi dalam hujan, mereka memilih lima lagu iaitu Teruna Dan Dara, Bunga, Bercanda di Malam Indah, Malam Pesta Muda Mudi dan Malam Pesta Rock and Roll yang membawa penonton kembali ke era kegemilang­an muzik 60-an.

Adrenalina Faizal Tahir masih berbisa apabila mengumpan penonton dengan lagu Assalamual­aikum, Maharkarya Cinta dan Malaysia.

Kemunculan julung kali di pentas Festival GegaRia itu mengubat rindu peminat yang terhibur dengan aksi Faizal yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti One In A Million.

Andai sebelum ini Noh Salleh tampil solo, penonton di Aman Jaya Mall bertuah apabila kemunculan­nya kali ini diiringi kumpulan Hujan.

Membawakan pilihan lagu Obsesi, Dugaannya dan Empayarmu, kemunculan kumpulan itu mengundang jeritan peminat yang merindui aksi hebat mereka.

Persembaha­n terakhir mereka meninggalk­an kesan mendalam di hati penonton apabila Kugiran Masdo turut berada di atas pentas ketika Hujan membawakan lagu penutup, Aku Skandal.

Bunkface yang dianggotai Paan, Youk dan Sam terus memanaskan suasana dengan pilihan lagu rancak Malam

Ini Kita Punya, Panik, Darah

 ??  ??
 ??  ?? AWAL dan Scha.
AWAL dan Scha.
 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia