Harian Metro

Berpakaian kurang sesuai ketika berniaga

-

antara profesiona­lisme dan kemahuan peribadi.

Seram pula SS memikirkan apakah dia akan buat perkara yang sama terhadap artis lelaki lain yang nak mendapatka­n tajaan pakaiannya?

SS hanya mampu menggeleng­kan kepala mengenangk­an sikapnya. Sayang kerana dia ada bakat dalam rekaan baju tetapi malangnya tak dapat mengawal nafsu.

SS: Elak buat perkara bodoh yang menjejaska­n nama dan periuk nasi sendiri. Dalam situasi ekonomi yang tak menentu sekarang, ramai penggiat seni beralih arah kepada bidang lain antaranya membuka perniagaan makanan dan menyertai gerai jualan serta karnival di seluruh negara.

Bagi SS ini perkara positif daripada mereka duduk diam dan mengeluh memikirkan untung nasib diri. Lagipun, siapa yang nak bantu mereka kalau bukan diri sendiri?

Cuma kurang manisnya etika berpakaian ketika berniaga perlu dijaga agar tak menjadi bahan percakapan masyarakat.

SS bukan sengaja nak sentuh perkara ini tapi seorang peminat menghubung­i SS meluahkan perasaanny­a.

Katanya, baru-baru ini dia hadir ke karnival jualan yang disertai ramai artis yang menjual makanan. Sebagai peminat, dia membeli semua jualan artis sebagai tanda sokongan.

Baginya, semua menu yang dijual enak-enak belaka. Cuma dalam pada itu, dia agak sedih kerana ada artis yang mengenakan pakaian yang kurang sesuai. Bayangkan jual makanan tapi pakaian yang dipakai nampak selekeh.

Bukanlah maksudnya artis itu kena berpakaian terlalu glamor tapi cukuplah sekadar sedap mata memandang sebagai tarikan untuk peminat menghampir­i gerai mereka.

Pada SS ini satu saranan yang bagus dan diharapkan artis yang berniaga mengambiln­ya dengan lapang dada.

SS: Tak kisah makan di mana pun asalkan kebersihan terjaga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia