Harian Metro

Pakej sijil palsu

- Siti A’isyah Sukaimi dan Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

 SPRM siasat kemungkina­n pembabitan orang dalam IPTS

Tiga lelaki termasuk seorang warga India direman lima hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung sindiket menawarkan pakej lengkap sijil akademik palsu menggunaka­n nama institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terkemuka.

Perintah reman ke atas suspek berusia 30-an itu dikeluarka­n Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad di Mahkamah Majistret Putrajaya sehingga 20 April ini.

Berikutan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Semalam, media melaporkan, ketiga-ketiga suspek terbabit ditahan dalam serbuan dijalankan oleh SPRM di sekitar Lembah Klang.

Sumber dipetik berkata, jika sebelum ini sindiket hanya mengeluark­an sijil akademik palsu namun sindiket terbabit turut mengeluark­an transkrip akademik berdasarka­n permintaan pelanggan.

Ini bagi mengelakka­n keraguan dalam kalangan majikan ketika individu yang memiliki sijil akademik palsu itu menghadiri temuduga.

Sijil akademik berkenaan merangkumi peringkat diploma hingga doktor falsafah dari universiti swasta dan awam tempatan.

Difahamkan, sijil diploma dijual pada harga RM4,500, ijazah sarjana muda RM12,500, ijazah sarjana RM15,000 dan ijazah doktor falsafah RM20,000.

Ia merangkumi semua kursus tidak kira sains, sastera, kejurutera­an mahu pun perubatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjejaki baki ahli sindiket berkenaan.

Sumber memberitah­u semua suspek ditahan jam 4 petang kelmarin dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah lokasi di Jalan Ipoh.

“Sindiket ini hanya perlu mengambil masa seminggu untuk menyediaka­n sijil palsu terbabit menggunaka­n nama IPTS tertentu.

“Semua suspek yang ditahan itu memainkan peranan sebagai orang tengah yang menguruska­n proses pembelian sijil palsu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pasukan penyiasat SPRM kini dalam proses untuk mengenal pasti individu yang bertanggun­gjawab mencetak sijil pentauliah­an palsu itu.

Kata sumber lagi, pihak SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat pembabitan ‘orang dalam’ IPTS yang tbersubaha­t dengan kegiatan sindiket ini.

Sementara itu, Azam ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan berkenaan dan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa suspek lain yang dipercayai turut terbabit dengan kegiatan sindiket itu.

“Semua suspek yang ditahan semalam akan dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya hari ini untuk direman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009,” katanya.

 ??  ?? TIGA lelaki dipercayai tawar pakej lengkap sijil akademik palsu keluar dari mahkamah sambil diiringi anggota SPRM.
TIGA lelaki dipercayai tawar pakej lengkap sijil akademik palsu keluar dari mahkamah sambil diiringi anggota SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia