Harian Metro

Kontraktor projek infrastruk­tur pengangkut­an awam dikesan curi air

-

Kepong: Kontraktor bagi projek infrastruk­tur pengangkut­an awam di Jinjang Utara dikesan mencuri air untuk digunakan bagi kerja pembinaan berkenaan sejak dua tahun lalu menyebabka­n kerugian RMRM257,448.34 kepada syarikat pembekal sumber air terbabit.

Perbuatan itu terbongkar apabila tapak projek diserbu Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) pada jam 12 tengah hari, susulan aduan yang dibuat oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Loh Pit Mui berkata, SPAN menemui satu sambungan paip secara haram menggunaka­n paip HDPE berukuran 32 milimeter (mm) disambungk­an kepada 300mm sedia ada yang digunakan untuk membekalka­n air ke tapak terbabit.

“Sambungan haram itu dipercayai bagi kegunaan kerja pembinaan, aktiviti harian pekerja selain mencuci tayar lori yang keluar masuk dari tapak pembinaan.

“Malah, hasil ujian klorin yang dijalankan, kami dapati bekalan air yang digunakan adalah bekalan air terawat,” katanya pada kumpulan media selepas serbuan berkenaan, semalam.

Menurut Loh, siasatan lanjut dijalankan selepas serbuan yang dijalankan semalam.

“Kesalahan ini disiasat mengikut Seksyen 123(1), Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655), tiada sesiapa pun boleh membuat apa-apa sambungan ke saluran utama atau paip operator air tanpa sebarang kelulusan atau persetujua­n.

“Mereka yang melanggar akta ini mengikut Seksyen 123(1), boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia