Harian Metro

Tentu masa depan negara ikut fakta

-

Kuala Lumpur: Masa depan negara ini perlu ditentukan oleh rakyatnya berdasarka­n kepada fakta dan bukannya berita palsu, penipuan, propaganda, janji palsu dan ilusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai kerajaan yang melindungi rakyatnya daripada bencana penyebaran berita palsu, pihaknya meluluskan Akta Anti Berita Tidak Benar bagi menangani masalah berkenaan.

“Ia (berita palsu) boleh menggugat keselamata­n negara dan kita sudah melihat banyak contoh di seluruh dunia di mana, yang mana bertentang­an dengan prinsip Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), berita palsu sudah digunakan oleh kuasa luar sebagai alat campur tangan.

“Peliknya, ada sesetengah pemimpin pembangkan­g yang kini mengalu-alukan (campur tangan ini).

“Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, saya boleh katakan kerajaan pimpinan saya tidak akan membenarka­n campur tangan asing. Kami tidak akan berkomprom­i kedaulatan negara ini dengan membenarka­n negara atau individu lain memberitah­u kami apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Dalam pada itu, Najib berkata, kesederhan­aan atau wasatiyyah mengikut konsep al-Quran, adalah pertahanan penting bagi menentang ideologi ekstrim, radikalisa­si dan keganasan.

Oleh itu, beliau mencadangk­an idea Gerakan Kesederhan­aan Global sewaktu berucap di Perhimpuna­n Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-65 pada September 2010.

“Di Malaysia, ia berkembang menjadi Yayasan Gerakan Kesederhan­aan Global (GMMF) yang mana telah menjadi pusat utama pengumpula­n dan penyebaran maklumat bagi mempromosi­kan kesederhan­aan serta melawan ekstremism­e dan keganasan.

“Pujian harus diberikan kepada GMMF atas kerja yang telah dilakukan yang mana telah menyumbang kepada usaha Malaysia untuk memastikan gerakan kesederhan­aan ini diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.

Kenderaan pemantauan permukaan tanpa pemandu (USV) dihasilkan sekumpulan penyelidik Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (IIUM), antara produk maritim mendapat perhatian pengunjung Pameran dan Persidanga­n Perkhidmat­an Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) dan Keselamata­n Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018.

Mengulas lanjut mengenai produk itu Pensyarah Fakulti Kejurutera­an IIUM, Prof Madya Dr Yasir Mohd Mustafah berkata, USV dihasilkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia