Harian Metro

Jangka tarik 40,000 pelawat

-

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum menyempurn­akan majlis pembukaan Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) 2018 serta Pameran Keselamata­n Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, semalam.

Majlis pembukaan disertai 500 tetamu daripada pelbagai negara termasuk Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamad Noor, Panglima Tentera Laut, Jeneral Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affandi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Pada majlis itu, Mohd Johari meluangkan masa hampir satu jam melawat ruang pameran DSA dan NATSEC yang disertai 1,500 pempamer dari 60 negara yang mewakili sektor pertahanan dan keselamata­n.

Antara ruang pameran yang sempat dilawati ruang pameran DRB-HICOM Defence Technologi­es Sdn Bhd (Deftech), Aselsan dan Chaiseri.

Pameran empat hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) yang dijangka menarik 40,000 pelawat itu menjadi platform kepada pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamata­n di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea selain memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan produk masing-masing.

Majlis perasmian DSA edisi ke-16 itu disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia