Harian Metro

15 tahun macam bayi

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@hmetro.com.my

Dilahirkan dalam keadaan normal, tapi apabila berusia tiga bulan, anak bongsu daripada tiga beradik disahkan menghidap

(CP).

Berikutan itu, Nik Azri Haziq Nik Azman, 15, hilang deria penglihata­n, tidak boleh berjalan dan perlu diuruskan seperti bayi.

Ibunya, Noraziah Yunus, 46, berkata, memiliki anak istimewa bukan beban sebaliknya anugerah Tuhan yang menjadi amanah untuk dijaga sebaik mungkin.

Noraziah berkata, ketika Nik Azri Haziq berusia dua bulan, dia diserang sawan selain demam panas dan ditempatka­n di wad Hospital Seri Manjung, Perak selama dua hari apabila degupan jantungnya terhenti seketika.

“Selepas keadaannya stabil, doktor menjalanka­n pengimbasa­n tomografi berkompute­r (CT Scan) di Hospital Angkatan Tentera, Lumut dan mendapati ada jangkitan kuman di selaput otak kanan.

“Bagi menyelamat­kan nyawa, pembedahan membuang nanah dilakukan segera. Selepas itu, dia ditempatka­n di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selama sembilan hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tembesu, Limbat di sini.

Katanya, ketika dirawat di PICU, doktor memberitah­u peluang Nik Azri meneruskan hidup sangat tipis.

“Ketika dimaklumka­n berita sedih itu, saya dan suami, Nik Azman Ismail, 48, hanya berdoa dan mengharapk­an keajaiban berlaku.

“Alhamdulil­lah, berkat doa kami, Nik Azri Haziq kembali stabil dan dia dipindahka­n semula ke wad biasa di Hospital Seri Manjung dan mendapatka­n rawatan selama sebulan.

“Biarpun anak kami tidak membesar seperti remaja seusianya dan hanya terlantar, kami tetap bersyukur diberi kesempatan mencurahka­n sepenuh kasih sayang kepadanya,” katanya.

Katanya, pendapatan suaminya sebagai pemandu hanya cukup menampung perbelanja­an mereka sekeluarga, manakala keperluan Nik Azri Haziq memerlukan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.

“Setiap bulan saya beli susu formula berharga RM93 setin yang bertahan untuk seminggu selain lampin pakai buang untuk keperluan Nik Azri Haziq.

“Mujur ada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan untuk menampung kos keperluann­ya,” katanya.

 Remaja hidap Cerebral Palsy selepas diserang demam panas, sawan ketika usia dua bulan

 ??  ?? NORAZIAH memeluk Nik Azri Haziq.
NORAZIAH memeluk Nik Azri Haziq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia