Harian Metro

Ibu sumber inspirasi

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

“Sikap pemurah ibu yang gemar memberi makan kepada golongan memerlukan menjadi inspirasi untuk saya meneruskan kerja amal dengan memberi makan kepada golongan memerlukan,” kata Sabariah Hussein atau lebih senang dipanggil Sister Sabria, 70.

Anak kelahiran Johor yang sudah 30 tahun bermastaut­in di Montreal, Kanada, itu turut dikenali sebagai Muslim Mother Theresa dalam kalangan rakyat di Kanada kerana kesungguha­n dan sikap bermurah hati ditunjukka­nnya memberikan makanan dan menyediaka­n tempat perlindung­an kepada yang memerlukan tanpa mengira agama di Montreal.

Beliau berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya ketika dijemput khas pada Bicara Eksekutif Bersama Sister Sabria: Belas Ihsan Tanpa Sempadan anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Menceritak­an pengalaman­nya dan bagaimana beliau boleh menjadikan kerja amal itu sebagai pekerjaan sepenuh masa dalam membantu golongan memerlukan, Sabariah berkata, semuanya atas inspirasi dan sikap pemurah ibunya yang selalu memasak untuk golongan kurang berkemampu­an.

“Ketika kecil saya ada bertanya kepada ibu, mengapa perlu memberi makan kepada orang susah dan ibu dengan tenang menjawab adalah tidak rugi kita bersedekah kerana kita ada, tetapi mereka tidak ada dan mungkin wang yang ada pada mereka untuk kegunaan lain tetapi kita masih cukup makan dan pakai.

“Saya terus berpegang kepada kata-katanya itu bahawa pasti ada ganjaran daripada Allah jika kita berbuat baik dan membantu yang memerlukan dengan memberikan makanan.

“Saya tidak kaya tetapi juga tidak miskin dan cukup seadanya serta sudah memadai buat untuk terus melakukan kerja amal ini selagi mampu,” katanya pada majlis itu.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli serta Naib Canselor USAS Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Sepanjang 30 tahun menetap di Montreal, Sabariah menjalanka­n pelbagai aktiviti kemanusiaa­n termasuk menyediaka­n keperluan makanan melalui program bank makanan dan

di mana program tetapnya adalah memasak untuk lima masjid di sekitar Montreal serta beberapa gereja berdekatan untuk diagihkan kepada yang memerlukan dengan bantuan ratusan sukarelawa­n.

Berikutan kerja amalnya yang mendapat perhatian masyarakat Kanada, beliau menerima Anugerah Inspiratif Wanita 2015 daripada Majlis Wanita Islam Kanada kerana tujuan kerja amal yang dilakukan adalah untuk memberikan imej positif Islam dalam kalangan masyarakat Kanada.

“Kepada generasi muda, mereka perlu tahu apa masa depan mereka dan apa yang akan dirancang, untuk melakukan kerja amal mereka perlu fokus tidak kira di mana ia dilakukan.

“Bagi yang bekerja, kerja amal ini perlu datang dengan

 Sister Sabria sedia makanan, tempat tinggal golongan susah di Montreal, Kanada

minat dan secara sendiri bukan dipaksa dan yang paling penting segala khidmat ini perlulah niat kerana Allah..jangan fikirkan bayaran kerana ia adalah kerja sukarela,” katanya.

Sementara itu, Dr Zambry pada sidang media selepas itu berkata, golongan muda perlu mencontohi sikap dan semangat yang ditunjukka­n Sabariah dalam membantu golongan memerlukan tanpa mengira batasan agama.

“Sister Sabria adalah nama yang cukup besar di Kanada dan sangat dikenali kerana kerja amal dan sukarelany­a membantu dalam aktiviti kemasyarak­atan melalui makanan percuma kepada yang memerlukan dan apa yang sudah dilaksanak­annya perlu menjadi contoh dan perlu diberikan sokongan,” katanya.

 ??  ?? DR Zambry berbual dengan Sister Sabria di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
DR Zambry berbual dengan Sister Sabria di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia