Harian Metro

Polis buru empat militan

-

Kuala Lumpur: Empat anggota militan Daish termasuk dua beranak kini menjadi buruan utama polis selepas disyaki

merancang untuk melancarka­n serangan ke atas rumah-rumah ibadat dan membunuh anggota polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, enam anggota Daish dari sel yang sama sudah ditahan anggota polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas di Johor antara 27 Februari sehingga 1 Mac lalu.

“Namun begitu, terdapat empat lagi saki baki anggota Daish daripada sel yang sama masih bebas dan berbahaya.

“Justeru, kita sedang berusaha mengesan keempat-empat mereka yang mampu melancarka­n tindakan yang boleh mengganggu gugat keselamata­n negara,” katanya melalui kenyataan dikeluarka­n Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, individu dikehendak­i itu adalah Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dan bapanya, Muhamad Hanafi Yah, 51.

“Kedua-duanya berasal dari Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Selain itu turut dikehendak­i adalah Nor Farkhan Mohd Isa, 31, berasal dari No.18 Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor dan Awae Wae-Eya, 31, berasal dari Narathiwat, Thailand.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keempat-empat individu terbabit diminta menyalurka­nnya kepada Pegawai Penyiasat dari Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Inspektor Mohd Badri Othman di talian 017-6727120 atau balai polis berhampira­n.

“Mana-mana individu yang didapati menyembuny­ikan sebarang maklumat, bersubahat atau melindungi mereka, boleh dituduh mengikut Seksyen 10M, 130K dan 130L Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjarak­an antara tujuh hingga 30 tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia